Hentikan Berperasaan

Waktu siang aku leka sendiri, malah aku tenang hidup sendiri. Banyak urusan yang aku fikirkan sehingga telefon bukan satu keutamaan aku. Kalau boleh, aku tidak mahu terikat dengan apa-apa perjanjian cinta semua tu. Jujur aku sendiri serik bercinta. Perasaan aku masih berawan-awangan teringat semua kenangan pahit. Terima kasih si penyantun hati. Kau berjaya menyiksa aku menjadi seseorang yang buta untuk menyemai perasaan cinta kembali. Jadi biarlah aku yang tanggung penyesalan yang tak tahu bila penghujungnya ini. Namun berbeza tika malam menjelma, ketika bunyi sunyi sepi menjadi teman malam aku. Ya Allah sunyi betul sampai rasa nak menjerit pi dm sesiapa nak berbual. Dalam hati banyak kali cakap " Suraiya, sabar. Suatu hari nanti.....okey" sambil mata ni berair kadang kadang. Faham tak perasaan tu macam mana, tak terungkap weh. Tapi takpe, berbekalkan kejituan untuk menyelesaikan impian aku sendiri. Jadi hentikan berperasaan sebegini. S...