Degree Life : Final Semester 3

Dulu aku pernah berkata pada diri sendiri bahawa degree ini lebih mudah dari diploma seperti kata pensyarahku. Berbekalkan ayat azimatnya aku melangkah sedari hari pertama untuk aku tahu apa itu erti pelajar degree. Orang lain akan kata " Alah, sama je macam masa diploma." "Rilekslah, degree je pun" dan pelbagai tomahan kata-kata yang kau sendiri akan dengar. Nak abaikan pun boleh, nak ambil kisah pun silakan. Lagi beberapa hari aku menghitung untuk habiskan semester 3 ini, aku sendiri cukup kagum dengan diri sendiri sebab aku boleh sebenarnya walaupun kadang kala aku ni banyak mengeluh. Banyak songeh nak senangkan diri sendiri. Tapi inilah hasilnya. Damn it, i made it for this semester. Imagine aku dari tak tahu apa-apa sampaikan menangis semua sehinggalah aku habiskan final dengan baik. Aku ubah 200% jadual hidup aku supaya aku sedar aku bukan lagi ditakuk yang lama. Aku tahu kadang-kadang apa yang aku buat ini bukanlah diri aku sangat. Cuma aku punya suka...