Degree Life : Final Semester 3
Dulu aku pernah berkata pada diri sendiri bahawa degree ini lebih mudah dari diploma seperti kata pensyarahku. Berbekalkan ayat azimatnya aku melangkah sedari hari pertama untuk aku tahu apa itu erti pelajar degree. Orang lain akan kata " Alah, sama je macam masa diploma." "Rilekslah, degree je pun" dan pelbagai tomahan kata-kata yang kau sendiri akan dengar. Nak abaikan pun boleh, nak ambil kisah pun silakan. Lagi beberapa hari aku menghitung untuk habiskan semester 3 ini, aku sendiri cukup kagum dengan diri sendiri sebab aku boleh sebenarnya walaupun kadang kala aku ni banyak mengeluh. Banyak songeh nak senangkan diri sendiri. Tapi inilah hasilnya.
Damn it, i made it for this semester. Imagine aku dari tak tahu apa-apa sampaikan menangis semua sehinggalah aku habiskan final dengan baik. Aku ubah 200% jadual hidup aku supaya aku sedar aku bukan lagi ditakuk yang lama. Aku tahu kadang-kadang apa yang aku buat ini bukanlah diri aku sangat. Cuma aku punya sukalah!
Start paper CTU 555 hari tu, aku jawab. Still aku rasa down sekejap sebab mungkin lama kot dah tak hadap final. Tapi satu archievement yang aku buat ialah aku boleh study sampai pagi. Walaupun kadang-kadang sakit juga kepala ni sebab aku push diri sendiri. Tapi boleh je actually. Lepas tu hadap paper ENT dan ECO yang aku rasa aku dah buat sehabis baik. Aku ni jenis yang puas hati bila jawapan aku panjang. Means aku ada idea cuma aku terjemahkan dari sudut kefahaman aku. Aku bukan budak ayat buku. Jadi segala defination mahupun ayat-ayat lengkap kau takkan jumpa dalam jawapan aku. Aku buat ayat aku sendiri. Memang berbelitlah pensyarah aku nak cari jawapan aku nanti.
Oh, after ENT tu we alls buat midnight movie marathon. Bayangkan setiap kali lepas exam, masing-masing akan celebrate diri sendiri macam habis semua paper.
And the next day, kitorang teruskan dengan acara make up night. Sebab membayangkan diri sendiri betapa tak keruan nak celebrate cara student. hahahaha.
Kemudian diteruskan dengan paper seterusnya iaitu ECO & LAW, gap antara 2 paper ni sehari je, so memang pishanglah nak study law yang carry mark dia rendah sampai buat aku nangis tu. Haihh. Tapi terlebih dahulu aku dah study sikit-sikit paper law which is aku bahagikan masa antara study for both paper. Seronok aihh study, boleh katakan aku hampir termix dua-dua nih. Padia suraiya nii.
Selain dari buat nota, aku juga print nota. Dahlah gap sehari, expect orang boleh buat nota ke?
Bilik aku agak tak senonoh bila tiba musim exam. Tapi bagi aku kalau nak study aku haruslah kemaskan semuanya dulu baru aku tenang. Damn it, calon menantu mak awak ni rajin kan? Hahahaha. memperbodohkan diri sendiri.
Kotak-kotak ini semua hasil pembelian secara online mahupun di kedai. Sebenarnya sayang nak buat sebab packaging dia cantik ah. I cannot kecuali Darlie lah. Ini semua salah diorang buat packaging cantik sampai sayang nak buang. Tapi lepas ambil gambar ini aku dengan senang hati telah pun membuang semuanya. hmm, sayangnyaaa
Seronok duduk Kolej Casuarina ni, setiap rumah ada meja. Tapi aku first time guna masa final je, sebab aku cam suka duduk kat meja sendiri. Nanti tengok luar tingkap malam-malam. Best feeling ever.
Cantik kan pemandangan ni? Cantik lagi kalau awak ada dalam pemandangan ni, boleh gugur saya dari tingkat 4 ni. hahahaha.Tak habis lagi suuu
Thanks to ana, my roommate my classmate for bring this donut. Sedap sangat. Thanks to Jas for dapur masak. And kak pikah for your cooperation (next sem kak pika pergi bandung for exchange student). Anyway, thanks to housemates, sebab semua menjaga rumah ini dengan baik, sangat pembersih, and together-gather jaga rumah ini dengan baik dan tak buat sepah. Mungkin lepas ni tak jumpa dah kot kecuali aku jadi singa suruh kemas rumah. Kau jangan jah!\
And finally.....
Thanks for everything dear self, thanks sebab kuat sampai sekarang, thanks sebab sentiasa positif and jadi bersemangat. Thanks sebab tak pernah putus asa untuk berjaya. sebab at the end of the day, you deserve everything you have rn. Ini hanyalah permulaan, masih panjang perjalanan hidup ini. Keep it up!