Posts

Showing posts from April, 2019

Kerja

Alhamdulillah hampir 4 bulan aku bekerja geng! Walaupun aku lari bidang tapi aku enjoy bekerja walaupun kadang kala aku merungut, tapi aku tetap teruskan hidup hahahaha sambil bergelak ketawa. Tahu satu perkara? Aku mungkin tak bekerja dalam bidang aku tetapi aku dikurniakan majikan yang baik dan memahami. Aku seronok bekerja hari hari, alah bisa tegal biasa. Maka aku teruskan sehingga hari ini. Andai kata aku dapat tawaran lebih baik, maka aku mungkin pertimbangkan semua.  Geng, aku bekerja dekat Pet Shop, yes kedai haiwan lebih kepada kucing. And aku kenal semua brand makanan kucing and boleh jual hehehehe.. proud with myself. Masa bekerja ni aku memang praktikkan element komunikasi aku hari hari. Penat weh mengadap pelbagai karenah customer yang kau tak boleh expect okey. Kadang kala kau rasa dia okey, tapi dia cerewet. Kadang kadang kau tengok dia macam kerek tapi baik Ya Allah. So kenali lah setiap pelanggan anda eh.  Bagi gaji, memang level SPM and aku bersyukur...