Kerja
Alhamdulillah hampir 4 bulan aku bekerja geng! Walaupun aku lari bidang tapi aku enjoy bekerja walaupun kadang kala aku merungut, tapi aku tetap teruskan hidup hahahaha sambil bergelak ketawa. Tahu satu perkara? Aku mungkin tak bekerja dalam bidang aku tetapi aku dikurniakan majikan yang baik dan memahami. Aku seronok bekerja hari hari, alah bisa tegal biasa. Maka aku teruskan sehingga hari ini. Andai kata aku dapat tawaran lebih baik, maka aku mungkin pertimbangkan semua.
Geng, aku bekerja dekat Pet Shop, yes kedai haiwan lebih kepada kucing. And aku kenal semua brand makanan kucing and boleh jual hehehehe.. proud with myself. Masa bekerja ni aku memang praktikkan element komunikasi aku hari hari. Penat weh mengadap pelbagai karenah customer yang kau tak boleh expect okey. Kadang kala kau rasa dia okey, tapi dia cerewet. Kadang kadang kau tengok dia macam kerek tapi baik Ya Allah. So kenali lah setiap pelanggan anda eh.
Bagi gaji, memang level SPM and aku bersyukur aku bekerja. Aku ketepikan soal gaji untuk demand degree aku. Tidak mengapa, Allah tahu susah senang aku berusaha. Aku nakkan yang terbaik dalam hidup aku, tapi Allah tetapkan ini jalan untuk aku berusaha. Jadi aku memilih untuk senyum dan bahagia dengan jalan ini. Tipu aku tak sedih, tipu aku tak persoalkan tapi aku memilih untuk sentiasa kuat dan usaha sebab aku percaya aku perlu susah sekarang supaya aku faham sesuatu nanti.
Selepas beberapa bulan, aku mula faham macam mana kehidupan disini. Bekerja untuk diri sendiri pegang duit sendiri. Dan kini, doakan aku untuk capai matlamat sendiri dulu. Persetankan kata kata yang asyik persoalkan kehidupan kita macam mana. Diorang tak tahu perih hidup, diorang hanya bijak berkata okey? Sentiasa tukarkan kepada perkara positif. Minta diorang doakan kita dapat kerja yang baik baik. Tapi kerja yang baik dan sesuai untuk kita tak pernah wujud. Yang wujud ialah cabaran hari hari yang aku sendiri tak tahu sampai bila akan berakhir. Ia akan tetap wujud walaupun kita dah dapat kerja yang kita inginkan.
Nasihat aku ialah jangan pernah berhenti berusaha. Aku bersyukur kitorang satu geng grad dengan bekerja, aku berada dalam kalangan orang orang yang sentiasa mendukung aku untuk kuat. Thank youu korang. Terima kasih umi abah yang sentiasa hantar ambil kerja. Doakan aya dapat kereta untuk bantu family. InshaAllah. Bye korang see you next posting