Syukur
Entah kali ini seakan akan memanggil untuk aku kongsikan sesuatu yang aku rasa antara MashaAllah hebat kuasaMu YaAllah. Sukar aku meluahkan apa yang aku rasa dalam diri namun aku cuba satu persatu untuk tuliskan agar aku kekal semangat untuk aku teruskan sisa baki hidupku. Bermula dari selepas habis belajar, aku menganggur hampir 4 bulan mencari kerja walk in, hantar resume ke semua company yang aku rasakan berpeluang untuk aku ceburi iaitu bidang aku sendiri. Beratus permohonan dari segala website you name it. For sure aku akan ada semua account dalam website tu. Cuma kali ini aku makin serius disebabkan keperluan untuk mengubah diri ditakuk selesa yang aku diami selama 6 bulan. Jadi aku teruskan memohon tak kira apa jawatan, kerana aku berfikir atas dasar mencari pengalaman yang aku inginkan. Tidak kira aku akan tercampak kemana sekalipun. Orang takkan faham perasaan bila kau tak boleh tidur malam, kepala kau sakit memikirkan apa lagi yang belum kau lakukan untuk menjadi se...