Syukur
Entah kali ini seakan akan memanggil untuk aku kongsikan sesuatu yang aku rasa antara MashaAllah hebat kuasaMu YaAllah. Sukar aku meluahkan apa yang aku rasa dalam diri namun aku cuba satu persatu untuk tuliskan agar aku kekal semangat untuk aku teruskan sisa baki hidupku. Bermula dari selepas habis belajar, aku menganggur hampir 4 bulan mencari kerja walk in, hantar resume ke semua company yang aku rasakan berpeluang untuk aku ceburi iaitu bidang aku sendiri. Beratus permohonan dari segala website you name it. For sure aku akan ada semua account dalam website tu. Cuma kali ini aku makin serius disebabkan keperluan untuk mengubah diri ditakuk selesa yang aku diami selama 6 bulan. Jadi aku teruskan memohon tak kira apa jawatan, kerana aku berfikir atas dasar mencari pengalaman yang aku inginkan. Tidak kira aku akan tercampak kemana sekalipun.
Orang takkan faham perasaan bila kau tak boleh tidur malam, kepala kau sakit memikirkan apa lagi yang belum kau lakukan untuk menjadi seseorang yang berguna. Tidak aku katakan kerjaku yang dulu tak berguna, cumanya aku ingin sediakan tapak untuk diri aku menaiki tangga pengalaman yang lebih baik. Hari hari aku memikirkan segala perkara yang aku rasa akan berlaku, sampai bila aku harus pura pura bahagia.
Umum aku katakan, sebulan yang lepas aku cukup tenang hadapi suatu perkara yang aku paling takuti. Ya, aku ditinggalkan lagi. Allah sahaja tahu hari hari aku doa pada Dia, " Sakit Ya Allah, sakit dugaan kali ini. Aku sendiri rebah dalam jiwa aku, dalam hati aku jangan disebut. segalanya hancur" Namun tekad aku untuk rawat hati aku dengan sentiasa membaca kalimahNya, segala surat cinta yang dikirimNya untuk menjadikan aku kuat. Aku hampir kehilangan diri aku, tapi Allah itu Maha Penyayang, aku kuat semula. Berdoa yang baik baik agar semuanya akan seperti sedia kala
Tiada siapa yang tahu nama siapa yang paling aku rindukan. Siapa yang aku masih doakan, siapa yang membuatkan aku terus bertahan untuk membuktikan sesuatu. Ya Allah. Kau rawatlah hatiku untuk menjadi sebaik baik yang boleh. Maka jauhkanlah aku dari mengenali seseorang yang salah.
Jadi selepas raya ni, aku mula untuk kuatkan diri aku. Aku nak buktikan sesuatu pada diri aku, aku boleh lakukan sesuatu, aku perlu push diri aku sampai limit aku. Aku tak nak hidup dibebani perkara yang aku rasa tak perlu. Jadinya, aku ketepikan siap siap soal jodoh. Aku langgar prinsip hidup aku sendiri. Jadi aku perlu hadapi akibatnya.
Syukur....
Hari ini eh takk, minggu ini aku happy sangat sebabkan telefon aku berbunyi banyak kali, terima interview untuk pelbagai jawatan. Dan hari Isnin, aku hadiri satu temuduga. Dua hari kemudian, iaitu hari ini aku telah diterima. Alhamdulillah, syukur Ya Allah, aku naik satu tangga. Aku juga dapat interview untuk syarikat lain. Tapi aku terpaksa tolak, untuk memberi laluan kepada yang lain. Aku doakan korang yang membaca ni akan dapat kerja yang baik.
Pesanan aku...
Aku tahu korang semua memikirkan sampai bila macam ini, itu ini itu ini. Mengeluh dengan kerja yang sedang korang hadapi. Mari aku ceritakan sesuatu tentang kerja aku sekarang, aku bermula sebagai seorang promoter, aku dilatih bercakap dengan customer yang kau tak jangka segala perangai semua ada. Awal dulu, aku perlu kemas sangkar kucing, cedok segala kemas itu ini sampaikan every week aku sakit, every week aku semput, every month aku demam. Aku seronok bekerja disini tapi aku perlu beralih kerjaya untuk aku tambah pengalaman buat diri aku sebelum aku comeback to my industry. Tidak perlu berkereta mewah, berbaju kemeja dan berkasut kulit untuk menjadi seseorang, cukup sahaja kau mempunyai semangat untuk terus berusaha.
Iya, puncanya ialah doa umi abah, usaha semua pihak, serta pengharapan yang tiada henti. Mungkin selepas ini, focus aku tertumpu pada kerja baru aku. Aku akan buat yang terbaik dan sentiasa menjadi yang terbaik untuk diri aku dan keluarga aku. Buat yang membaca ni, doakan aku untuk melangkah lebih jauh. InshaAllah, doa yang baik baik akan melantun pada korang balik.