Random Thought
Jam menunjukkan pukul 12.18 minit pagi hari Selasa 18/2/2020. Fikiran aku kosong, tiada yang menarik ingin aku ceritakan. Jauh benar berfikir tentang apa apa sekalipun, entah. Aku memasuki bulan Februari dengan suram. Sesungguhnya melepaskan seseorang pergi kerana kehendaknya ialah sakit. Tatkala sedang leka membina impian untuk bersama sama sampai ke hujungnya tidak menjadi, cuba untuk berfikir waras namun jalannya buntu. Entah apa lagi yang diri ini belum cukup rasanya sehinggakan menarik diri dari pertandingan hati ini. Mula lah berprasangka buruk dan menyalahkan diri. Adakah diri ini menjadi punca satu kisah buruk bakal berlaku? Susah untuk dijelaskan tatkala aku menulis cerita ini, aku buntu sebenarnya aku tak tahu sama ada aku perlu teruskan ataupun aku sendiri perlu berputus asa memperjuangkan sendiri sesuatu yang bertepuk sebelah tangan ini. Aku berpegang pada usaha untuk melakar sesuatu kebahagia, manakala seorang lagi hanya menyalahkan takdir kerana belum meneri...