Random Thought

Jam menunjukkan pukul 12.18 minit pagi hari Selasa 18/2/2020. Fikiran aku kosong, tiada yang menarik ingin aku ceritakan. Jauh benar berfikir tentang apa apa sekalipun, entah. Aku memasuki bulan Februari dengan suram. 

Sesungguhnya melepaskan seseorang pergi kerana kehendaknya ialah sakit. Tatkala sedang leka membina impian untuk bersama sama sampai ke hujungnya tidak menjadi, cuba untuk berfikir waras namun jalannya buntu. Entah apa lagi yang diri ini belum cukup rasanya sehinggakan menarik diri dari pertandingan hati ini. Mula lah berprasangka buruk dan menyalahkan diri. Adakah diri ini menjadi punca satu kisah buruk bakal berlaku?

Susah untuk dijelaskan tatkala aku menulis cerita ini, aku buntu sebenarnya aku tak tahu sama ada aku perlu teruskan ataupun aku sendiri perlu berputus asa memperjuangkan sendiri sesuatu yang bertepuk sebelah tangan ini. Aku berpegang pada usaha untuk melakar sesuatu kebahagia, manakala seorang lagi hanya menyalahkan takdir kerana belum menerima hasilnya. Entahlah laju aku menaip kali ini, aku sendiri tidak tahu kemana arah dan jalan penulisan ini. Sesungguhnya setiap kali aku menulis aku inginkan setiap bab berakhir selesai semua persoalan. Namun bab kali ini aku biarkan buntu tanpa aku selesaikan. Seorang itu terus mementingkan diri sendiri untuk tidak membuka kisahnya, sedangkan dia ingin kenali sebenarnya siapakah disebalik jasad yang banyak berahsia itu. 

Putus nyawa memikirkan pernah merasa saat dan ketika itu, saat yang tidak ada suatu manusia pun inginkan ianya berlaku dua atau kesekian kalinya. Semuanya inginkan sesuatu yang baik dan bahagia, tetapi lupa setiap pertaruhan tidak dinyatakan kalah atau menang. Kita kekal bertaruh untuk sesuatu yang tidak pasti. Yes! Setiap pada kita sedang bertaruh sambil berusaha untuk melakukan yang terbaik. 

Akan tetapi, seorang itu terus meletakkan taruhan kalah berhenti untuk tidak meneruskan permainan ini. Kerana baginya, belum masanya untuk bertaruh kembali. Entah serong benar pemikirannya. Sendiri tidak mahu memikirkan segalanya ialah ujian. 

Akan tetapi belum ada niat untuk pergi kerana diri tahu yang sebenarnya setiap itu ialah ujian. Maka teruslah dia meyakinkan untuk kekal bertaruh, tidak mengapa meminjam semangat kerana semangat itu dikongsi, boleh dicambah kepada seberapa banyak yang boleh. 

Pesan biar kekal berusaha bersama-sama, tidak perlu mendengar kata yang lain, kerana mereka ini hanya bijak berkata tapi mereka tidak tahu getir hidup diri lalui. Jangankan bantu, pandang masa susah pun tidak mungkin. Maka diri harus yakin untuk pertahankan apa yang dipertaruhkan. Jangan salahkan sesiapa pun, kerana kesalahan itu datang dari diri sendiri yang mudah alpa, yang mudah selesa. Jadi seseorang itu perlu kuat ye!

Sekian, angan-angan jadi impian, impian jadi cita-cita. 

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student