PKP Ramadhan Raya Part 1

Assalamualaikum semua, lama tak bersiaran eh? Sampaikan aku lupa yang aku ada online diary yang aku rasakan untuk tahun 2020 dah tak relaven. Tapi apakan daya, aku lagi suka menulis berbanding vlog sebab merasakan meremang hahha tak suka diri sendiri *tiberrr Alhamdulillah, tatkala menulis coretan kali ini, kita sebenarnya sudah melepasi bulan Ramadhan, aku berjaya melengkapkan solat tarawih, jikalau dibandingkan tahun lepas, setiap hari bekerja sampai 10 malam nak pergi masjid pun aku susah sebab kerja. Tapi tahun ni aku boleh katakan semuanya ada hikmah. Bermula dari awal tahun lagi, aku sebenarnya mengekalkan sifat positif yg tinggi. Kalau bukan jalan ini, aku cuba jalan lain, kalau aku penat aku rehat, kalau aku stress aku menangis. Yes, aku manusia biasa jugak korang. Tipu aku tak sedih apa yang berlaku awal tahun, tapi motivasi aku. Aku harap apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya. Disebabkan kerja hakiki aku makin berkurang masanya, so start awal t...