Assalamualaikum semua, lama tak bersiaran eh? Sampaikan aku lupa yang aku ada online diary yang aku rasakan untuk tahun 2020 dah tak relaven. Tapi apakan daya, aku lagi suka menulis berbanding vlog sebab merasakan meremang hahha tak suka diri sendiri *tiberrr
Alhamdulillah, tatkala menulis coretan kali ini, kita sebenarnya sudah melepasi bulan Ramadhan, aku berjaya melengkapkan solat tarawih, jikalau dibandingkan tahun lepas, setiap hari bekerja sampai 10 malam nak pergi masjid pun aku susah sebab kerja. Tapi tahun ni aku boleh katakan semuanya ada hikmah. Bermula dari awal tahun lagi, aku sebenarnya mengekalkan sifat positif yg tinggi. Kalau bukan jalan ini, aku cuba jalan lain, kalau aku penat aku rehat, kalau aku stress aku menangis. Yes, aku manusia biasa jugak korang. Tipu aku tak sedih apa yang berlaku awal tahun, tapi motivasi aku. Aku harap apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya.
Disebabkan kerja hakiki aku makin berkurang masanya, so start awal tahun ni aku mulakan buat part time, anak muda perlu kuat jangan jadi lemah sebab orang, ingat bertuhankan yang hakiki, manusia bukan Tuhan kita yang perlu kita takuti. Jadi sorang Suraiya mula buat part time ehailing, seronok okey sebab boleh jalan sana sini, tapi penat tak terkira Tuhan sahaja yang tahu. Kadang kadang bawak balik berapa je, keluarnya berejam tunggu customer. Takpe, rezeki Allah itu Maha Luas. kau kene kuat dan terus mencari.
 |
Setiap hari aku bekerja, aku akan simpan duit dalam sampul |
 |
Ini hasil bukak tabung total hampir RM400 |
 |
Rezeki itu Allah SWT yang bagi, sikit atau banyak bergantung kepada usaha kita. |
Jadi income aku start awal bulan 2 sehingga sebelum PKP dalam RM300+- sebab aku buat bukan hari hari. Alhamdullillah again. start je PKP memang aku lumpuh jugak weh. Aku bukan ada income tetap. Tapi yelah seorang Suraiya kene bijak. Aku jenis tak suka duduk fikir itu ini, maka aku akan menulis fikir apa bentuk income boleh dijana dari rumah. Semestinya bisnes makanan paling untung kan? So aku buat bisnes chocojar jadi agent. Alhamdulillah sampai skrg dah restock dekat 5 kotak weh, happy sebab aku buat ala kadar je.
 |
Seremuk hati aku menangis tepi jalan |
Sehinggalah awal bulan 4, 12 April 2020 aku otw nak COD ke Rantau. Masa nak balik ke rumah, suddenly aku bertembung dengan Hilux, which is kereta comel aku ni tak dapat nak tahan lah. Akibatnya fender remuk seremuk hati aku melihat kereta berusia 8 bulan hmmm. So tersadailah sebab PKP, and alhamdulillah 18 Mei 2020 kereta aku dah hantar untuk dibaiki. Resah sebenarnya dengan takde income ni.
Bagi sesetengah orang, mesti dah nervous duit takde. macam mana nak hidup ni kan? Aku rasa so far since start PKP hari tu, duit sentiasa ada sebenarnya. Rahsia dia selalulah memberi pada orang, bersedekah dan percaya rezeki Allah itu Maha Luas, walaupun duit kita takde. Tapi ada banyak sebenarnya perkara yang perlu kita syukuri. Aku bersyukur sangat untuk tempoh ini, keluarga aku semua ada di rumah. Setiap hari berjemaah, rasa seronok sebab sebelum ni masa aku kerja full, kadang2 nak jumpa abah pun susah. Balik dah tidur, bangun dah takde.
Masa aku part time ehailing tu, aku dapat berjemaah di Masjid (salah satu perkara yg aku nak buat), bayangkan kau dah penat bekerja drive tekan pedal je sehari, lepas tu berehat di masjid. Tenang dia tu masyaAllah, so far aku dah jemaah dekat Masjid Sendayan dgn Masjid Hussin s2. kadang2 singgah jugak tempat lain. Tenang sangat bila sujud tu rasa sayu sebab lama tak berjemaah, tapi selepas tu Allah makbulkan hari hari boleh berjemaah. Rindunya aku pada Dia.
 |
Rezeki berjemaah dengan keluarga. Abah & adik jadi imam bergilir2. |
Hari terakhir terawih tadi pun, aku sayu. Sebenarnya aku ada menonton video banduan akhir. Bayangkan setiap sujud itu, sujud terakhir. Masa nak bangun itu, dah tiada sujud lagi selepas ini. Masa tu, memang basah habis mata ni (ni pun nak nangis tapi cover kang naim perasan hahahah). Takut dan rasa gembira sebab dapat terawih malam terakhir Ramadhan.
 |
Alhamdulillah, masih okey 555555 |
Hikmah PKP, satu keluarga bersatu. mengenal dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Menghabiskan masa bersama, sehinggakan rasa gembira sebelum ni kalau nak cium umi abah tu susah. Ini sekarang, hari hari dapat cium sebab aku ni bukan jenis tunjuk sangat sayang tu. Ya Allah malu tapi kalau jauh homesick. Suraiya memang macam ni ye gais.
Dan aku diuji dengan kesakitan yang tiba tiba, tiba tiba aku tak boleh berjalan. Aku langsung tak rasa kaki aku apatah lagi nak berpijak, menangis 2 hari sebab pergerakan terbatas. masa ni aku takut betul2 takut. syukur Ya Allah, aku diuji sementara alhamdulillah skrg dah okey dah hee
 |
Berkerusi roda, tak pernah terfikir duduk atas ni rasa lumpuh sementara |
Panjang nukilan aku kali ini, sebab aku nak baca kisah ini suatu hari nanti. Aku akan rindu moment2 semua ini. Aku percaya setiap daripada kita create moment kita sendiri. Lastly, doakan aku sentiasa murah rezeki dan dikurniakan pekerjaan yang baik akan datang. Sesungguhnya aku rindu nak jadi Suraiya yang sibuk. dekat rumah ni pun memang aku sibukkan diri. Kalau tak, memang otak ai tak guna dah. bye korang. nanti aku sambung Part 2 selepas hari raya okey? Doakan je aku rajin menulis.
*aku nak share aktiviti aku mengemas rumah, tapi macam takde content nak story, so aku letak gamar je dkt bawah beserta caption.
 |
Susun semula tudung, ada 3 hanger tudung penuh. kene beli hanger baru supaya boleh beli tudung baru. Jangan risau tudung semua bawah RM20 je paling murah RM4 beli dekat shopee gaisss
|
 |
Kannn aku dah kata, penuh satu bilik tudung saja... sebab aku jenis beli tudung bukan selai dua, paling banyak beli 10 helai sekaligus. senang boleh puasa beli tudung dah lepas tu. |
 |
Susun baju kurung dan keluarkan mana yang tak pakai. |
 |
Ini section baju tshirt dengan blouse. Memang padat sebab almari ini kongsi 3 orang. |
 |
Sis DIY meja, biar nampak menarik dan tertarik kau memang deboom!
|
Thank you korang, jumpa Part 2 nanti. Assalamualaikum....