13 August 2022
Post ini disiapkan sehari sebelum 13 Ogos. Assalamualaikum wrt. wbt., Terasa lama tak bercerita perihal diri mungkin banyak masa yang dihabiskan untuk perkara lain. Makin dewasa keperluan masa banyak terarah kepada kehidupan realiti tanpa sibuk memikirkan dunia disini. Yang terbaik ialah teruskan apa sahaja yang kita buat okey... Majlis Nikah, Sanding & Bertandang telahpun berlalu hampir 2 bulan. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Faiz. Kejap nak ingatkan balik segala memori semasa hari hari Raja Sehari. Aku ambil cuti kahwin 3 hari, 2 hari sebelum aku pergi manjakan diri enjoy my last last moment sendiri pergi spa pergi saloon pergi settlekan urusan sikit2. Sehari sebelum, aku banyak habiskan masa dekat dewan nak tengok setup and jumpa tunang aku untuk bagi barang. Pelamin sanding di Dewan ( barang hantaran pun dibawa ke dewan) Malam sebelum nikah, keluarga berkumpul dari Terengganu dan Johor (serata Malaysia). Seronok rasanya se...