13 August 2022

 Post ini disiapkan sehari sebelum 13 Ogos. 


Assalamualaikum wrt. wbt., 

Terasa lama tak bercerita perihal diri mungkin banyak masa yang dihabiskan untuk perkara lain. Makin dewasa keperluan masa banyak terarah kepada kehidupan realiti tanpa sibuk memikirkan dunia disini. Yang terbaik ialah teruskan apa sahaja yang kita buat okey...

Majlis Nikah, Sanding & Bertandang telahpun berlalu hampir 2 bulan. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Faiz. Kejap nak ingatkan balik segala memori semasa hari hari Raja Sehari. Aku ambil cuti kahwin 3 hari, 2 hari sebelum aku pergi manjakan diri enjoy my last last moment sendiri pergi spa pergi saloon pergi settlekan urusan sikit2. Sehari sebelum, aku banyak habiskan masa dekat dewan nak tengok setup and jumpa tunang aku untuk bagi barang. 

Pelamin sanding di Dewan ( barang hantaran pun dibawa ke dewan)


Malam sebelum nikah, keluarga berkumpul dari Terengganu dan Johor (serata Malaysia). Seronok rasanya sebab lama tak jumpa. Majlis macam ni yang menyatukan semua orang. Malam tu juga aku berinai, heheheh masih tak move on sebab cantikkk 


Seawal 5 pagi bangun, sebab MUA akan datang make up pagi tu. zup zap zup zap siap eh hehehe. Another make up look yang cantikkk, masih tak move on. 


Untuk nikah kami buat di Masjid taman perumahan berdekatan, semuanya rasa berjalan dengan baik, kecuali bunga tangan tertinggal hahaha, tapi adik aku selamatkan last minit. Nasib baik rumah dekat weh. Zup zap zup zap, selesai majlis nikah. Kami gerak untuk persiapan sanding. Nikah sanding hari yang sama ni semua kene punctual dan cepat. Kami pun mmg dah plan waktu semua mcm mana, aku ni jenis kalau dah bagi masa, maksudnya aku kene ikut masa tu. 





Aku belanja gambar jelah, nak ceritakan malas hahahah

Our welcoming board, buat dua tarikh terus. 

Thank you kawan Faiz sponsor kereta untuk kami berarak. 

Alhamdulillah, by 3.00 ptg semua dah settle dan kitorang keluar untuk outdoor. Masa ni rasa cepat betul waktu and still banyak masa utk outdoor, sebab aku mmg pentingkan masa. hahahaha siapa lambat tinggal. Untuk outdoor kami pilih Masjid Sendayan. 

dan balik rumah dalam pukul 5 lebih, boleh rehat dah heheheh. 

Untuk majlis bertandang, 2 minggu selepas itu. Kami pilih untuk pakai baju nikah sebab masa nikah tu pakai sekejap je. Tapi due some reason, photographer masa bertandang tak dapat come out dengan gambar, dan ada masalah yang aku tak puas hati so aku pun tak bayar baki.Tapi belah lelaki tak kurang meriah ye, seribu lebih jemputan, seronok sebab kenal orang baru, adat2 dekat sana. 

Settle Bab ni, next kenapa 13 August baru nak ceritakan semua ni?

Saat menulis ni, aku dapat tahu aku pregnant. Unexpected dan rezeki Allah nak bagi seawal ini. Alhamdulillah, rezeki suami isteri dengan keluarga semua. Masa mula mula, aku ada alahan yg tak teruk pun cthnya tak boleh bau aircond, tengah masak rasa nak muntah, makanan fav aku jadi tak fav dah hahah, tapi sekarang okey dah takde alahan, jangan nnti ada lak. Penard. Doakan perjalanan kami dipermudahkan, paling penting ada suami disisi untuk sama sama rasai pengalaman ni. 



13 Ogos ialah tarikh hari lahir buat aku, yang bermakna untuk 13 Ogos 2022 ni, aku menjadi tunang orang, kemudian isteri orang dan bakal menjadi ibu. Tiada hadiah lain dah nak minta, selain kekuatan dalam diri ni untuk buat yang terbaik demi keluarga kecil kita. 

Sebelum ni, aku sukar bercerita siapa gerangan suami aku. Terlalu berselindung sebabkan aku tak nak terlalu berharap tapi kali ni, dia seseorang yg berjaya buktikan masih ada lelaki yang baik dan sabar heheheh. 

Birthday kali ni tak nak hadiah, tak nak apa apa. Cuma nak rehat je, sebab weekend kan heheheh. Bye korang, semoga berjumpa lagi...

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student