Fineday

Hari ni hari Khamis then esok Jumaat. Result yg ditunggu-tunggu  akan terpampang di skrin telefon. Aku tak expect untuk result yang terbabom sebab aku mengaku semester lepas carry mark aku teruk. Aku sendiri tak confident nak perform. Tapi masa final aku dah buat sehabis baik. Cuma menunggu keputusannya esok.

Semester 4 ni banyak perkara aku belajar, terutama cara nak uruskan masa aku, kenal sahabat2 aku, uruskan kewangan aku. Then displin diri aku sendiri. Aku tak sehebat mana jika dibandingkan dgn rakan2 seperjuangan aku. Kdg2 aku tersungkur jatuh habis dalam gaung. Aku cuma ada satu tali untuk keluar semula dari gagal tadi. aku sendiri tak yakin. Tapi aku banyak belajar sebab kehidupan ini satu pelajaran yg adil lagi saksama. Hahaha.

Banyak perkara baru aku dapat di semester 4 ni. Aku pun tak sangka aku boleh lalui dgn baik alhamdulillah. Masih waras berfikIr . Padahal kdg kala aku ni tak sesabar mana tapi aku kuat inshaAllah. Aku takkan lupa macam mana kehidupan kita masa duduk rumah sewa. Tidur atas tilam sama2. Kalau takde kerja habis ajak gaduh je. Then bila aku sedih korang ada untuk lapkan air mata aku. Walaupun sebenarnya aku byk sorokkan dari korang. Seriusly korang sahabat baik aku di universiti. Aku tak salah pilih kawan. Kalau aku malas, korang marah aku suh study. Padahal aku tak focus mana pun. Tolong aku belajar economy. Bagi aku semangat untuk berjaya. Tak  kurang apa2 pun.

Kerja gila2 kita. Aku takkan lupa semua tu. Midnight movie then lepak sampai 3 pagi. Aku berjaya lalui pengalaman yg menyeronokkan dgn korang. masa final hari tu, bila elektrik takde. Kita still duduk rumah tu then study guna lilin je . Then korang guna lampu powerbank. Aku akan rindu semua tu. And aku tak segan2 nak cerita pengalaman pahit manis dekat orang lain.

Emo sangat aku malam ni. Sebab lepas aku dapat result ni means aku akan tinggal 1 semester untuk together2 dgn korang. Budak2 kelas kita. Lepas ni masing2 ikut haluan masing2. Giler tak sediH. Aku akan rindu kot.

Next time sambung lagi. Kita jumpa di entry seterusnya bila aku dapat result aku.

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student