Sebelum Masuk Universiti (UiTM)
Kali ini aku nak share something yang benefit untuk orang, selalu lara je. So kebetulan aku tengah prepare for my second time masuk u ni, so idea menulis benda macam ni tengah fresh dalam otak. Jadi mostly apa yang aku list ni berdasarkan UiTM. Kebanyakan mungkin sama, ada yang berbeza sedikit.
Jadi first thing first....
1. Semak keputusan masuk U
Selepas korang semak tu. Kalau dah habis fikir terus accept kalau ragu-ragu, buat lek dulu. Tapi aku terus acceptlah. So korang ikut je arahan dia, sampai keluar surat tawaran. Tapi jangan print surat tawaran yang dalam website tu, kang segala benda tak penting termasuk sekali. Better untuk print dekat link sebelah kiri. Dekat situ, dia tulis cetak surat tawaran, bayaran yuran , borang medical check up, dan segala macam lagi. Nasihat aku better print banyak-banyak surat tawaran. Sebab ada guna di kemudian hari. Nanti aku story.
2. Buat medical check up
Walaupun aku dah print minggu dapat result, tapi aku belum berkesempatan untuk pergi medical check up. Tapi nasihat aku pergi awal-awal, biasalah musim student nak masuk u ni, penuh klinik tu. Kalau ada duit lebih, korang g klinik swasta je. Tak kisahlah, yang penting korang akan buat bermacam jenis check antaranya pemeriksaan mata, gigi, urine test dan x-ray (etc) . Tapi aku nasihatkan sehari dua before pergi medical check up, elakkan minum air manis. Naturalkan badan anda semua sebab aku ada pengalaman pergi medical check up 3 hari weh, sebab urine test tak okey. Jadi bawalah air mineral ke mana-mana anda pergi. Well, sekarang aku suka air mineral je. Kurangkan manis keh. Masa aku diploma, medical check up dekat klinik gov takes 2 days, pada tahun 2016 ni, kawan aku kata satu hari dah settle. Memang makin lambat aku pergi medical check up ni.
3. Print/Photostat
Sementara korang dekat rumah ni, better photostat banyak-banyak benda-benda penting, contohnya kad pengenalan diri sendiri, ibu bapa, surat beranak diri sendiri ibu bapa, penyata slip gaji, sijil spm, dan apa sahaja yang penting. Penting untuk mengesahkan semua salinan , Siapa yang mengesahkan ialah golongan berjawatan seperti Guru Besar, Pengetua, Ketua Kampung, JKKK dan sebagainya. Kalau tak disahkan, kemungkinan kalau nak apply ditolak. Kang gigih nak balik rumah semata-mata nak buat pengesahan. Tapi bagi yang dekat u, korang boleh jumpa dengan Ketua Fakulti (aku lupa apa nama dia. men bantai je).
4. Mohon bantuan/pinjaman
Korang boleh try mohon bantuan. ataupun macam hadiah dari negeri masing-masing. Diploma dulu, aku mohon , dalam sebulan masa belajar, dapat cheque sampai rumah. Jumlah dirahsiakan. So dekat sini, surat tawaran dan segala yang diperlukan dan DISAHKAN. Kalau nak apply ptptn, beli no pin, mohon siap-siap. Jadi masa dekat u , korang tak payah nak risau sangat. (walaupun risau permohonan ditolak) .
5. Gambar Passport Size
Ambil gambar passport bebanyak sikit. Senang kalau ada perlu tak payah nak kecoh-kecoh g kedai gambar lagi. Lagi satu, habit kengkawan korang yang akan curi gambar passport korang untuk disimpan. Itupun satu hal. (well, aku pun sama)
6. Listkan segala barang
Benda ni aku suka buat, perempuan kan... then selepas tu, korang akan sedar yang barang korang banyak macam nak lari dari rumah. Bagi perempuan , ianya its okey. Sebab itu ialah, resam seorang perempuan bagi menjamin kualiti hidupnya. Bahagia seorang perempuan bila dia cukup barang. hahaha (itupun aku rasa tak cukup gak kdg2)
7. Prepare mental dan fizikal
Sebab kali ini degree kan, jadi suasana dia mungkin lain dari masa sekolah, masa pra u, masa diploma atau tempat2 lain. Prepare untuk sedikit tough. Lupakan bayangan cerita drama tv dekat u. Ianya hanya lah dusta semata-mata. Jangan jadi macam aku. Hati tisu. Aku buat drama sendiri.
8. Datang awal
Anyway good luck for any course yang korang bakal ambil nanti. Kalau orang cakap kos kau susah, well. Mana ada benda senang untuk dipelajar pada zaman sekarang. Kalau orang cakap kos kau senang, cakap dekat dia kalau senang mesti dia pun belajar dekat tadika maghen.
Anyway good luck for any course yang korang bakal ambil nanti. Kalau orang cakap kos kau susah, well. Mana ada benda senang untuk dipelajar pada zaman sekarang. Kalau orang cakap kos kau senang, cakap dekat dia kalau senang mesti dia pun belajar dekat tadika maghen.