Ceritera 2015
Suatu hari aku sedang asyik menelaah twitter dekat komputer suddenly aku gatal tangan habis aku deactive twitter aku. Memang pada mulanya aku rasa macam haih, kenapalah dengan tangan ni gatal naa. Tapi fikir dari sudut positif mungkin aku lebih baik deactive kan untuk membuatkan aku rasa lebih positif. Memang segalanya datang dari kita tapi illah kepada sesuatu ialah sesuatu yang mendorongnya. Haa dah macam belajar Quran Sunnah dah. So untuk maximize kan segala penggunaan social media. Aku hadkan pada Facebook dan Instagram sahaja. Twitter tu satu hal sebab aku lupa password dia. Memang gigih ingat tapi apakan daya biarlah. Aku reada. cehh.
Hampir menuju ke pengakhiran bulan 12 dan bakal menginjak ke tahun 2016 mudah mudahan. Alhamdulillah untuk setiap yang datang dan setiap yang pergi semoga dikurniakan akal yang sihat sahaja. Aku doakan. Aku tak anggap tahun 2015 ni sayup macam tahun-tahun lepas. Sebab tahun ni penuh dengan warna warna kehidupan. Aku belajar untuk hidup berdikari dengan sahabat2 aku. Tahun ini jugak aku rasa aku lebih rapat and kenal kawan2 aku. Semua yang pahit mahupun manis aku kenang sampai bila-bila. Terima kasih sahabat, sebab menjadi pendamping diri aku ni yang suka main2. Hmm. Tiba-tiba nak nangis, aku seronok dengan korang. Korang sentiasa dengan aku dari semester 1 sampai sekarang. Dari muka aku bersih sampai teruk sebab jerawat sampai sekarang. Tak pernah sesekali nak perlekehkan aku. Terima kasih sebab terima segala buruk baik aku yang agak pemalas ni. Aku bersyukur sangat sebab dikurniakan korang semua. Semester 5 ni lagi unite kita, makan sama-sama. Aku harap, aku jumpa korang lagi untuk degree nanti. InshaAllah.
Aku ingatkan tahun ini boleh lah aku berjumpa teman hidup memandangkan rakan sebaya aku sendiri dah nak kahwin. Tapi still, jodoh aku jauh. Mungkin dekat Mesir ataupun Morroco. Perasanlah kau ni su. Lupakan lah sebentar sebab aku nak focus pada diri sendiri. Untuk suatu pencarian, mungkin aku tak mampu nak mencari lagi. Mungkin putus asa kot, rileks lah. Ada tuh. mungkin bertembung dekat tepi jalan, terlanggar ke. Opps. doktor perubatan handsome belaka.
Untuk Misi Travel 2016. Tempat tu masih aku fikirkan sebab aku rasa aku kene plan betul. Bila tarikhnya? After praktikal. Tempat mungkin dalam negara dulu. Kalau ada duit lebih nak ke Thailand or Indonesia. Kalau Thailand aku prefer ke Hat Yai, pengangkutan utama ialah bas. Usha gak dekat Seremban ni ada bas ke Hat Yai. Kalau ke Indonesia, aku nak jejak bibik aku. Tapi aku lupa alamat dia. Kalau aku ada alamat dia memang aku pergi je. Area, Medan, Sumatera Utara. Aku ingat pun sebab dulu bibik selalu pos surat. So aku ingat alamat dia. Ingat hujung je. heee
Doakan Misi Travel Mini 2016 aku akan berjalan. Siapa rasmikan? Tuan empunya badan. Style Backpacker lah. Hari tu aku nampak ada lelaki ni dia travel ke Korea. Haih, lagilah rasa nak melancong tu gian je. Tapi sabar, kuatkan hati. Bahagikan simpanan seeloknya. Jangan simpan untuk travel tapi pendidikan tah kemana. Aku ada jugak bercadang nak ambil degree Mac 2017. So aku tak delah rushing nak degree. Nak kutip pengalaman dulu ke. Terpulanglah nanti. Risau banyak merancang nanti tah kemana. Cuma lesen kereta aku hold dulu. Sebab duit illek. hehehe. Elaun dari masuk praktikal tak dapat pun. hmm. Sabar jelah cik kak hoi .
Pukul 3.13 pagi, esok pukul 9 nak ke bandar. Biasalah nak musim2 ke sekolah ni, berjalan beli barang sekolah jelah. Walaupun aku tak sekolah dah, anyway, aku still nak ikut gak. Nak feel2 sekolah gitu. Cepat betul adik2 aku besar, macam baru semalam aku gaduh2 dengan atirah, aku dulu kecik2 mana suka ada adik ni. Asyik gaduh je. Maklumlah dah 5 tahun menunggal, eh ada ke? Then tup tup sekarang aku nak masuk 21 dah, then angah nak PT3, najmi dah masuk sekolah menengah, naim dah jadi pengawas yang paling rajeng, nurul pulak jadi senior pra sekolah. cehh. Tahun 2016 Angah PT3, then tahun 2017 tu rileks sebab xde yang exam besar. Tahun 2018, pup! semua ada exam besar, Atirah SPM, Najmi PT3, Naim UPSR. Memang besar beban tu, tapi rezeki adik2, inshaAllah. Aku bantu mana yang mampu. Tahun 2016 n 2017 ni kena saving banyak untuk 2018. Tak nak sesak nanti. Kesian umi abah.