Internship Experience As Tourism Student
Alhamdulillah, hari ini 14. Februari 2016, bermakna lagi 3 minggu sebelum aku menghabiskan sisa baki untuk mencari sebanyak mana pengalaman bersama Azam Travel. Kalau nak cerita dari awal, aku tak ingat sangat. Nak kene buka log book sebab dari situ aku ingat satu persatu yang aku buat. Details tak details itu cara masing-masing. Bagi aku simple is better.
Untuk awal bulan Januari ni, En. Zahrin banyak bagi aku tunjuk ajar selok belok pasal pengurusan visa dari bermacam jenis negara yang ada macam-macam jenis style dia. Setakat ini kedutaan yang pernah aku masuk ialah China (selalu sangat dah, sampai orang dekat situ cam aku), Myanmar, Thailand, Taiwan, Kuwait and Rusia. Kalau tak ingat tu takpelah. Selain dari pengurusan visa, benda yang aku belajar ialah macam mana nak buat sijil Good Conduct dekat Wisma Putra. Oh, Wisma Putra ni biasanya kalau dekat tv kita dengar bila ada kejadian luar negara yang melibatkan rakyat Malaysia sebab dia under MOFA ( Ministry Of Foreign Affairs) Kementerian Luar Negera, once masuk dekat situ, your ic kene bagi dekat guard and you will receive pass untuk masuk ke dalam. Untuk foreigners, make sure you bring your passport.
Selain itu, aku ada belajar sikit pasal Permit Pekerja, contohnya kita rakyat Malaysia nak apply untuk kerja dekat luar negara. Aku baru tahu betapa susahnya pekerja nak dapatkan permit pekerja asing tu. Tapi certain negara kawalan dia agak ketat, certain hanya biasa sahaja. Contohnya ada sekali itu, masuk dekat Kuwait Embassy, Kedutaan Kuwait ni agak sunyi sikit, sebab jarang orang nak apply ke sana. Kalau nak Kuwait kene ada visa ye for Malaysian. Proses dia agak leceh first tentu-tentunya korang mesti ada visa, then good conduct certificate and medical check up, sesetengah negara hanya approve certain hospital untuk medical check up. For Kuwait, better pergi government, boleh guna yang swasta tapi korang perlu buat pengesahan dekat hospital kerajaan jugak nanti. Sebenarnya prosedur dia pun leceh bak hang. Lepas benda tu dia sahkan kau boleh dapat permit, kau kene pergi Bank Kuwait dekat Malaysia ni untuk bayar urusan semua tu, Satu dokumen RM 80, satu dokumen tu contohnya Sijil Good Conduct satu dokumen, medical check up satu dokumen. Erm,, Boleh tahan jugak cara dia ni.
Kalau tak nak pergi hospital kerajaan boleh, tapi kene pergi Notary ape ke benda tah untuk sahkan medical check up tu. Hish, benda medical check up ni tak boleh buat main kot. Pasal satu dokumen pun boleh buat orang pening. Bayangkan dah naik KL kene pergi Putrajaya then turun KL balik, Satu kerja betul lagi-lagi sampai petang nak menghadap lalu lintas dekat KL tu.
Ada sekali tu, bos aku bawa lalu jalan area JAKIM, pusat penyiaran TV Al-Hijrah. macam-macam lah. Paling penting benda yang kau kene alert ialah bos aku ni kalau dia dah pernah bagitahu kau sesuatu, dia akan tanya balik.Contohnya , haa, Jalan ni ada keduataan apa? Cepat-cepat sebelum sampai ni, masa tu terkekeh pandang mata paling tajam nak memerhati apa yang kitorang nampak, Yes! Bendera Algeria! Haa, kedutaan Algeria. depan tu penuh dengan mamat berkulit gelap tengah runsing pasal visa ke passport ke entahlah.
Dan masa praktikal nilah aku honggeh jugak sebab badan aku naik. Mana taknya, tiap kali ke KL, bos akan bawa ke tempat makanan yang sedap-sedap and dia jenis suruh kau makan. Kiranya tak lokeklah belanja budak praktikal ni. Sempat lagi mengusik " Nanti pensyarah tanya, suraiya kenapa badan awak naik, Awak pandai-pandailah nak jawab" Aduh, mengusik je bos aku ni.
By the way, pengalaman praktikal ni sangat seronok, sebab masa ni kau belajar untuk cara-cara bekerja dalam bidang kau dan adatlah kene marah tu cuma at least diorang akan ajar kau macam-macam perkara, lain perasaannya macam kau bekerja. Bila kerja orang akan ajar kau mula-mula then pandai-pandailah nak buat sendiri. Pokok pangkalnya diri sendirilah, nak jadi pandai atau buat-buat pandai.
Benda yang penting, jangan malu bertanya dan yakin diri kita boleh berdepan dengan customer kita. Biar suara tak kuat asalkan jelas orang mendengarnya. Nak mental kuat, kene tahan maki dulu. Maki dengan siapa? Dengan customer, staff lain. Jangan dah kene marah, updated dekat facebook cakap itu ini. eh eh, siapa nak kerja dengan siapa ni?
Praktikal untuk tourism ini 4 bulan, and aku start 2/11/2015-4/3/2016. Nanti masa habis presentation semua aku ceritakan macam mana nak manage buat report on time dan present like a boss. Tarikh presentation kemungkinan dalam hujung bulan 3 atau awal bulan 4. Doakan aku 4 flat this semester!