Satu Langkah

Kadang kala bila kita kenal atau mencuba untuk mengenali identiti serta perangai orang lain, kita akan berasa seperti tercabar atau cemburu dalam erti kata yang mudah. Seperti aku sendiri yang mengharapkan setiap kali berlalu sesuatu perkara aku inginkan suatu perubahan dalam diri aku. Abaikan segala cakap-cakap belakang yang kata   'Mentang-mentanglah masuk bulan ramadhan, semua nak bajet alim, nak tunjuk dia tu beriman sangat'


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Padahalkan, itulah yang menjadi asbab untuk seseorang itu berubah ke arah yang lebih baik. Meninggalkan perkara-perkara yang mungkar dan segera memperbanyakkan ibadahnya seperti esok hari ajalnya. 

Suatu hari, aku sedang leka menulis novel sambil mendengar lagu yang memberikan aku idea. Malam itu sendiri cukup sayu untuk aku ungkapkan sehingga sampai satu tahap aku melihat orang kelainan upaya dalam tv pun aku boleh menangis tak berhenti. Jadi aku teruskan menulis, tiba-tiba sampai satu part lagu ni. Terus mengalir laju air mata seakan-akan habis aku lepaskan semua yang aku pendam. Betullah, Lama aku tak menangis seperti itu. 

Terus aku buka doa muhasabah yang dibacakan oleh Ustaz dari Indonesia. Suara dia cukup membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya terus menangisi setiap dosa-dosa  dengan bait-bait doa yang meruntun hati.


Menjejak bulan Ramadhan ni, perbaiki segala amalan mengajak ke arah kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Aku yang dulu tidak sebaik mana, jahil agamanya. Aku mula perkukuhkan tiang yang retak, mula menaikkan batu iman yang baru. Tidak sekuat mana tapi in shaa Allah, Allah akan bantu diri sendiri.


Aku mula letakkan satu tingkat bahawa " Kalau mahukan yang terbaik, perlu mula dari diri sendiri"

Doa supaya terus istiqamah dan qawii dalam melakukan ibadah. Mungkin Ramadhan kali ini yang terakhir untuk diri sendiri. Risau takut amal tak banyak nak dibawa ke liang lahad. 

Avoid diri dari terus sibuk memikirkan soal jodoh. Aku serahkan semuanya pada Allah. Setiap kali solat, aku selitkan doa "Ya Allah, Kau pertemukanlah jodohku " Ulang dan terus ulang. Paling penting baik agamanya.  

Assalamualaikum, Salam 8 Ramadhan.


Throwback 2014

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student