Yang Dijunjung Tercicir, Yang Ditatang Terjatuh.

Assalamualaikum. Selamat Malam semua. Kali ini mencuri masa untuk mencorakkan kembali minda, kembali melapangkan dada yang makin hari makin sempit dengan agenda dunia. Aku mungkin seorang yang prihatin akan tetapi aku agak psikik dalam merancanakan kehidupan aku. Mungkin aku dilihat seperti sedang terhegeh-hegeh untuk mengejar duniawi, tetapi aku tetapi pegang akhiratku disisi. 

Allahu, segalanya masih jauh namun perancangannya masih aku pegang untuk memandu aku ke arah tersebut. Mungkin adakalanya aku terputus sebentar tatkala sedang melewati iklan yang sementara. Tetapi aku buka kembali buku kehidupan untuk aku berpaut kembali kepada tali itu atau mungkin aku sedang melalui selekoh yang tajam sebelum melalui jalan yang lurus.

Benar, jalannya masih panjang. Jalannya tidak diketahui sejauh mana. Yang pasti, setiap jalan itu akan bertemu penghujungnya. 

Aku selalu berdoa, andai tiba saat aku ditakdirkan untuk sedikit terkeluar dari jalan yang aku sedang tuju. Aku mohon supaya ianya menjadi jalan untuk aku belajar serba serbi tentang apa namanya UJIAN. Maafkan aku kerana mengeluh, kerana adakalanya aku sendiri terburu-buru dengan keputusan yang aku pilih. 

Maafkan aku kerana tidak berhati-hati soal hati dan perasaan. Aku ingin tahu apa sebenarnya erti berpasangan setelah aku sendiri tidak merasainya sekian lama. Kadang kala aku sampai membenci akan perhubungan dan kenapa mesti orang kene bercinta kalau ianya ada risiko. Mungkin tiba masanya aku keluar dari jalan lurus, melalui satu jalan yang aku sendiri tak pernah lalui. Aku tahu risikonya namun kali ini aku berserah pada Allah. Segala yang aku ucapkan hanyalah dariNya. 

Apa kaitan dengan tajuk dengan entry?

Aku dalam proses mengenali seseorang dan aku baru sahaja kembali untuk menjadi seorang pelajar. Aku tak mahu apa yang aku sedang lalui menyebabkan aku akan kehilangan sesuatu akan datang nanti. Nampak macam aku tak nak hadapi risiko kan andai apa yang aku harapkan tidak berjaya. Tapi aku sentiasa doakan yang terbaik. 

Short and deep entry for tonight

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student