Result Exam Guane?

Selesai exam park haritu, aku menangis dekat kak pikah, semua macam happy sebab last paper kan tapi aku risau lain macam. Untuk degree ni aku lain banyak. Cara aku belajar cara aku nak hadap exam which is different from diploma dulu. Kalau fikir balik, mana pernah aku stay up sampai pagi. Mana pernah aku bangun pukul 3 4 pagi buat solat sunat pahtu belajar sampai pagi. Allahu, ini mungkin cara untuk aku berubah lebih baik mana tahu kan??

So selepas exam, aku kerap mimpi pasal result which was aku sendiri sedih risau takut semua ada. Cam aku ni main-main pun ada. Tapi cekalkan jelah hati sebab dah jawab semua kan. Kalau yang kosong tu salah sendiri sebab tak study details sgt study last minit  pahtu berangan pumpang nak dekan. 

Baiklah move on okey. Tentang result, seperti masa-masa diploma aku akan bagitahu result aku. Alhamdulillah, apa yang aku dapat beyond my expectation sebab ada satu subject yang aku target repeat. "Apa ke bengap pi target repeat suu?" tapi begitulah aku psycho minda aku sendiri. Sekali tengok result Allah, nak menangis dalam gembira. Bagitahu umi, umi cakap sikit lagi nak dekan. Takpe umi, inipun suraiya dah berhempas pulas pastu dengan bantuan doa parent, sokongan orang sekeliling. Nikmat mana yang ingin aku dustakan. 

Bagi aku dekan tak dekan itu belakang cerita sebab aku aim untuk pengalaman yang berharga berbanding dengan pointer tinggi ataupun istilah pelajar hanya belajar pendidikan formal. Untuk degree ni sementara dinamakan sebagai pelajar aku nak lengkapkan diri dengan ilmu sebanyak yang mungkin. Bekalan untuk nanti. 

Jadi untuk semester seterusnya nak kekalkan pointer, lagi baik in shaa Allah. Aku doakan sesiapa pun yang niat dalam hati belajar ilmu ini kerana Allah swt akan dipermudahkan jalannya. Belajar suatu jihad yang tiada akhirnya. 

Untuk sahabat2 yang sentiasa bagi semangat tunjuk ajar untuk diri ini, terima kasih semua. Semoga Allah jua yang membalasnya. 

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student