Tak kisah
Hari ini datang seseorang memperkenalkan diri dia sebagai seseorang. Lantas untuk tidak mengecewakan orang, aku balas semua untuk bertanya siapakah gerangan si dia walaupun aku tahu aku kenal dia sedari sekolah lagi. Maksud aku untuk sekadar berbual, bukan untuk perkara yang berlebihan. Dari saat itu, aku mula berbual semuanya dengan dia. Mula berbual tentang perkara yang bukan sekadar kawan biasa, sibuk mengungkit kisah masing-masing. Tiada siapa yang dipersalahkan, hanya ianya bukan untuk kita.
Untuk aku, aku mudah suka orang tapi untuk stay lama bukan senang. Lama kelamaan, aku sendiri tawar hati lalu beritahu dia, kita hanya kawan tak boleh lebih. Cara dia mudah, kurangkan berbual. Sibukkan dengan aktiviti lain seperti assignment, drama korea, mahupun tidur. Tapi aku bukan jenis tahan untuk sesuatu benda untuk jangka masa yang lama, so aku kembali mulakan perbualan. Berbual seperti biasa, sebab aku seorang yang suka berbual. I can talk randomly about anything. Its up to you.
Aku suka orang respond bila aku berbual, aku tak suka just aku yang beriya, tapi orang lain tak interested pun apa benda aku cakap. Aku tak kisah. Aku fikir, this is the only way for me. Tapi untuk orang lain, kalau semua nak story. Nanti dah habis benda nak cerita. Bagi aku, perempuan ni kau tak boleh nak jangka apa yang akan dia cerita. Sehari dia ada beribu patah perkataan dia nak sebut.
Tapi tak sangka, benda tulah yang menyebabkan orang bosan dan terus lenyap. Mula mula aku kisah, aku menangis. Aku macam marah diri sendiri kenapa bodoh sangat terima orang macam tu je. Like senang sangat. Tapi akhirnya apa yang aku dapat. Sebenarnya, orang yang aku kenal semuanya ialah kawan sahaja. Tak pernah lebih. Aku tak suka gelarkan seseorang sebagai orang yang penting, kau fahamkan maksud aku.
Lantaklah apa nak cakap, ini ialah pendapat aku. Aku really have fun dengan life aku sekarang. Bukan fun giler2, tapi susah nak cakap lagumana aku suka life aku. Paling penting, aku tak perlu jaga perasaan orang, aku bebas whatsapp tanpa hiraukan last seen aku, aku bebas berbual dengan sesiapa, aku tak bangun dengan mata sembap akibat nangis sebab gaduh semalam. Aku happy jadi ADA AKU KISAH?