Lupa

Kalau tidak berani mengambil risiko jangan soal tentang kejayaan. 

Assalamualaikum semua, berbaki 3 minggu sebelum final dan 3 minggu sebelum raya puasa. Tapi sebenarnya aku sendiri tak tahu mana arah tuju untuk semester ni. Banyak sebenarnya benda tertangguh tapi aku sendiri tak buat apa-apa. Seolah olah selesa kali ini, jadi tujuan kali ini untuk menyedarkan diri sendiri bahawa semua ini ialah ujian yee suraiya. 

Kali ni aku balik lebih awal walaupun cuti seminggu, tapi hari Khamis aku dah balik. Pada mulanya nak balik Ahad tapi fikir juga dekat rumah ni internet connection kurang sikit. So gagahlah balik jugak, walaupun tahu takde orang pun dekat sini. Hari first aku makan maggi je untuk berbuka. Alhamdulillah, tapi lapar so makan lagi maggi malam tu. Semalaman aku tak tidur. Aku tidur siang je. Waktu sahur makan oat. Nampak tak macam mana cara aku  makan ikut suka hati aku lah. 

Macam mana aku tak makan ikut suka kalau gini. Aku makan oat tu, ya Allah kosong giler rasa dia. So fikirkan balik suruh Fana belikan pisang and epal buat campur sekali. I can do it. Plan untuk kurus sebelum raya guys. Berat aku dah nak cecah 70 kg dah. Bukan tipu weh, ini benar yee. Ya Allah kenapa seorang suraiya reveal berat sendiri dekat blog yee. 

Target aku dapat cecah lingkungan 50-59kg pun okey dah kot. Maksudnya loss 11 kg at least kan. So we will see lagumana nanti. And i challenge myself for not to upload any picture of mine during this period time. 

Tujuan aku balik awal ni untuk siapkan assignment. Banyak assignment tak siap lagi, aku pun takde idea kat rumah sebab tak boleh google, at least ada idea tu. Mana boleh tiru pun, sebab kene check plagarism nanti susah kene repeat report balik. Tak nak aku. 

Hasilnya, aku baru siapkan report finance, tinggal sikit je lagi. Lepas tu aku boleh beralih kepada report planning. Itu pun satu kerja sebab takde guidelines, tah bila nak bagi tak tahu lah. Doakan aku supaya 3 minggu akan datang lebih kuat dan bertenaga untuk ke arah final exam. nak target tinggi lah kan sebab last sem dah cenggitu je pointer aku. 


Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student