Weird

Saat malam menjelma, maka idea mencurah tibalah kan? Almaklumlah, kita ni boyfriend masih hilang dari radar, jadi semoga dengan aku luahkan pada blog ini bakal menjadi simpanan tetap aku yang boleh aku baca suatu hari nanti dan gelak sakan dengan anak anak aku yee sayang... Maafkan mummy ye kak ros! 

"Su! Kalau suka orang itu bagitahu je dia. Jangan tunggu-tunggu"

Hari ni, penthouse kami di datangi oleh Ummul dan Hana. Tujuan sebenar ialah untuk mengambil Big Mac, dan ketika waktu itu Afiqah pun ada sekali. Okey take note eh depa datang lepas isyak (isyak yang berkali kali jugaklah depa ni mari tah bila). Aku dengan tak mandi si Afiqah tiba-tiba cakap 

'Lapar rasanya, macam baru makan tadi'

'Masaklah ikah, masak cekodok, rumah ni semua ada. Masak je. Su! pergi siapkan bahan'

Aku gigihlah dengan tak mandi. Yelah kempunan malam semalam orang masak cekodok 2 batch aku bantai tidur disebabkan kepenatan (lately ni tidur awal, tak sedar diri assignment banyak kot). Datang pulak dua orang ni dari kolej jauh sikit, jadi ambil kesempatan untuk gosip. 

*aku happy dengan classmates aku, sebab bila jumpa tak awkward sangat and boleh gossip je banyak banyak

Disebabkan Dijah ada boyfriend (maklumlah kalut sikit kalau orang ada boyfriend ni, macam rasa diri tak laku kejap) jadi Ummul berkongsi tips untuk dapat boyfriend, sebab dia hanya single sehari selepas DITINGGALKAN JANTAN TAGUNA. Alasan dia mudah, dia nak balas dendam dekat lelaki tu, TAK DAK HANG PUN, ADA RAMAI JANTAN LAGI NAK KAT AKU LAH. Wow Ummul, wow bravo! (dia kata nanti dia kahwin, dia nak sewa homestay untuk classmates dia pergi wedding dia nun utara sana. yeaahh) 


Pesanan dia senang je, macam aku highlight kat atas tadi! MERAH tu haa...

Tapi masa last aku mengalami break up pada tahun 2014 cehhh!! I need to mention about this shit! Aku pun sebenarnya mengalami benda yang sama macam Ummul, iaitu nak cari boyfriend tapi bagi aku lebih kepada lelaki upahan untuk aku upah sementara. Biasalah siapa tak sayang weh boyfriend. Tapi itu kisah lama. Bahkan aku tak berjaya pun untuk mencari orang-orang yang sebegitu. 

Jadi terbukalah kisah aku menunggu seseorang.

Ummul kata gitu lah, "kalau kau suka, bagitahu dia. At least kalau dia reject then fine, you boleh move on dari fikirkan dia. Boleh start cari lain' Tapi hati suraiya ni agak ego. Susah nak bagitahu hasrat sebenar. Jadi aku begitu berharap suatu hari nanti dia akan membaca blog aku untuk aku nyatakan apa yang rasa. Mungkin belum masanya lagi kan? Tell me please!.....




Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student