0-0

Syukur Ya Allah, perjalanan yang panjang ini aku titipkan menjadi antara langkah langkah terakhir perjalanan sebagai seorang pelajar di Puncak Alam. Aku sendiri belum mula langkah diluar sana, jujur aku takut. Tetapi hati ini meronta ronta supaya lepaskan aku kembali ke tempat asalku, agar aku tahu untuk mula bertatih dan berjalan menuju ke arah yang satu. 

Kecewa bila langkah aku sendiri diperlekehkan manusia manusia. Bukankah menuntut ilmu itu suatu ibadah yang mulia. Aku sendiri seronok namun hakikat perjalanan bukan seorang sahaja. Pelbagai jenis disekeliling mula mencorak diri aku. Mungkin sudah sampai peringkat dimana, aku akan tinggalkan semua nya sekali. Memulakan hidup aku sebagai seorang insan yang aku sendiri tidak tahu. Ape salahnya aku dimana orang ye? Sehinggakan gerak geri aku menjadi perhatian engkau. 

Kali ini biar aku titipkan madah menjadi pembakar semangat aku

"Suraiya, ini hanya permulaan untuk diri kau. Suatu hari nanti pelbagai rintangan yang akan kau tempuhi dengan izinNya, kau akan dapat lalui semuanya. Janji pada diri sendiri, jangan pernah berputus asa. Allah SWT Maha Mengetahui hakikat dan perbuatan manusia, jangan kau yang menilai mereka. Cukuplah tangis yang menjadi lunturan derita hati kau."

Maafkan aku manusia, kau buat onar dalam hidup aku. Menjadikan aku kambing hitam. Kita tidak akan bersua lagi kerana itu ialah pilihan kau. Maka jangan cari aku juga di akhirat kelak.

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student