Tutup Mata
Ketika lagu Cinta dan Benci ini menyanyi ditelingaku, aku tahu apa yang sebenarnya kosong dalam diri aku sekarang. Tatkala usia aku melihat rakan sebaya aku mendirikan rumah tangga. Aku turut risau, bila saatnya aku akan berjumpa orang itu?
Aku sendiri malas nak ambil kisah tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Menjerit jerit mahukan seseorang yang aku boleh harapkan menjadi milik aku. Setiap hari aku terfikir, sumpah rindu. Aku sendiri tak tahu rindu pada siapa. Apa yang berlaku sekarang aku hanya meluahkan apa yang aku rasa di dalam novel aku. Aku harap perasaan aku sebati dengan jalan cerita itu.
Bukan aku tak nak hidup dalam realiti, tapi aku tahu cinta dalam realitinya sendiri aku masih belum jumpa sebenarnya. Bagilah aku peluang asalkan aku bahagia.
Benar kata seseorang, aku ego. Tak nak mengaku apa apa yang berlaku. Aku tak suka cakap aku terdesak, sebab memang aku jenis tak suka bergaul dengan orang. So macam mana aku nak jumpa seseorang ni?
Jadi aku memilih untuk menutup mata berbanding hati, hati aku sendiri tak tahu definisi untuk mengenali orang. Aku masih muda, jadi biarlah aku ukir sendiri hidup aku. Aku memilih untuk jadi ego, tak nak layan lelaki. Atau lebih tepat aku sendiri malu.
Tidak mengapa sayang, aku akan mengembara jauh dari sini untuk bertemu dengan kamu.