Luah Bukan Erti Memiliki

After all the chaotic month and finally 2019 coming sooo friendly to me. Ahaks, aku ambil keputusan untuk meluahkan apa yang aku rasa. Well, you know what should you expect from that things, your relationship jadi awkward even you dah kenal bertahun lamanya. Tapi still benda jadi awkward. Kau rasa macam "Salah ke aku berterus terang?"

Suddenly tiba tiba rasa macam mengada ngada walaupun takde apa-apa pun. 

Pada umur sekarang, aku lebih selesa berterus terang berbanding main tarik tali sebab aku sendiri tak suka tangguhkan masa aku dengan perkara tak berfaedah. Aku rasa ada baiknya berterus terang dari dibiarkan begitu sahaja. Tapi tatkala menulis ini, aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku buat ni. Adakah betul atau salah? Adakah aku perlu diamkan diri sahaja? Tak perlu tunjuk effort untuk memiliki sebab aku perempuan dan aku ada sifat malu?

Jadi aku tetap sendiri gais. Aku jadi takut untuk teruskan apa-apa. Aku selesa dengan duniaku sendiri. Aku jauh bermain dengan minda aku dibandingkan dengan berada ditakuk kelemasan menunggu. Jangan kata aku tak menunggu, aku tunggu. Tapi apelah gunanya aku menunggu sesuatu keputusan yang pihak sebelah tidak berusaha juga. Apelah gunanya andai aku sahaja yang beriya tetapi yang disana seolah olah lepaskan diri?

Aku rasa pilihan untuk meluahkan adalah sgt tidak tepat untuk diguna pakai sebab aku sendiri malas nak perduli dalam erti kata lain , aku tak nak ambil tahu dah soal ini. Aku serahkan pada takdir yang menentukan. Jangan kata aku tak usaha eh, sebab mengaku jujur juga adalah salah satu usaha. Dan lagi satu, aku rasa kalau disebabkan masa lampau dimana level kematangan aku berada di takuk terendah, dan kau bandingkan, aku tak rasa aku boleh terima. Anggap jelah, aku tak pernah wujud dalam hidup kau. 

Kamus hidup aku pun, aku akan cuba lupuskan kau. Aku penat sangat. Tiap malam dari hari itu, aku mimpi macam macam perkara. Tengok? Walaupun mulut aku kata benci, tapi minda aku kerap tayangkan perkara yang  berkaitan dengan kau. Atas alasan apa lagi untuk aku tak menunggu? Tapi jadikanlah hari hari aku menunggu ini berbaloi dan bukannya sekadar omong kosong kerana aku pun ada hati dan perasaan. Mohon difahami dengan jelas. Baiklah, semua salah datang dari aku. Aku minta maaf. Andai 100% salah aku, maafkan aku dan lupakan aku. Mudah. 

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student