10 Kali Interview???
Separuh 2020 telahpun pergi, 3 bulan hanya duduk di rumah akibat Covid19. Namun sebagai seorang yang masih mencari sesuap nasi untuk diri sendiri, aku masih bekerja disebalik segala yang berlaku. Percayalah untuk setiap orang, berbeza cabaran dia. Jadi kali ini aku coretkan sedikit untuk aku ingat suatu hari nanti bahawa aku pernah tenggelam dan aku takkan pernah berputus asa untuk terus terapung mungkin bila aku membaca kisah ini suatu hari nanti aku sudahpun duduk di atas kapal layar kepunyaan ku, tidak mustahil kerana angan angan dan impian itu suatu perkara percuma yang menentukan kemana arah tujuan dan pemikiran kita. Panjang wehh mukadimah aku. Jadi untuk menjaga ketatasusila sesebuah company, aku hanya akan bercerita tentang pengalaman tanpa perlu menyebut mana mana company terlibat. ewahhh, acah retis kau suu!
29 Januari 2020
Interview pertama untuk aku tahun 2020. Aku apply melalui Indeed.com, disini selepas aku memohon, dalam masa seminggu atau dua aku dijemput untuk temuduga untuk jawatan Customer Service Executive di Seremban 2. Masa ni mental fizikal aku tak ready tapi semua dokumen aku sediakan sebaik mungkin. Aku tidak terlalu mengharapkan sebab expectation always hurt hahahhaa, best experience interview ni sebab aku suka mendengar HR bercerita tentang job scope, bagi aku situasi and macam mana aku handle situasi itu. Settle! Tapi bukan rezeki aku.
10 Februari 2020
Percubaan untuk masuk ke agent perumahan area Bukit Kepayang. Aku mulanya was was kot kawasan tu macam malam je hidup kau faham tak? hahaha. Okey office dekat level 2, and aku berjumpa dengan seseorang yang explain details. Masa ni aku tidak diberikan peluang untuk perkenalkan diri dan terus diberitahu what to do, what to expect, what you get, and bla bla bla. Jadi aku macam okey i got to go before anything happen.
17 Februari 2020
Aku rasa luck aku dekat kedai ni memang kuat. Jadi aku apply jugak untuk jawatan Shop Assistant di Senawang. Kedai ni buat gift and ada beberapa service lagi. Pada mulanya aku fikir nak buat part time, sebab kerja aku masa tu hanya 10 hari, jadi aku boleh bahagikan masa untuk dapatkan income lain. Tapi aku tak pergi, atas sebab aku merasakan peluang untuk bekerja sebagai driver Maxim lagi berbaloi dan flexible untuk aku.
18 Februari 2020
Okey get ready sebab hari ini aku ada interview 3 tempat ye. Aku cuba sebaik mungkin tapi rezeki tu Allah yang pegang, kalau Dia nak bagi dia akan bagi.
1. Interview di Bandar Seremban
Aku apply untuk jawatan Customer Service, aku rasa aku cukup sabar dah boleh apply untuk bahagian ini. Lagipun aku suka interact dengan orang berbanding tak bercakap, nanti aku tidur. haaa. So company ni basically buat printing, banner, backdrop and such on. Banyak direct dengan client yang biasa dan tiada masalah. Dia bertanya tentang expectation gaji aku, apa yang aku tahu tentang jawatan yang aku apply, aku takde masalah nak bagitahu apa yang aku tahu dan faham. Tapi selepas IV ni, company diam je. Sepatutnya inform diterima atau tak. i dont mind ditolak tapi inform at least.
2. Admin di Rantau
Ini memang tah aku main serbu je mana yang aku nak. Tapi overqualified. Penat.
3. Assistant SocMed di Port Dickson
Untuk temuduga yang tiba tiba ni, aku received pukul 10 pagi, aku terus accept untuk datang. Ini kedai makan viral yang aku tak perlu sebut dah. Masa interview, aku diberi masa 15 minit untuk buat copywriting tentang product yang dia bagi. Alhamdulillah, nasib baik tak noob. Suraiya boleh buat copywriting dengan baik. Selesai itu, aku turun restoran orang tu terus perkenalkan dengan staff kedai. Aku suka environment ala ala muda. Sampai masuk kitchen weh, seronok sebab semua sempoi.
19 Februari 2020
Sehari selepas hectic day pergi interview merata aku dapat lagi satu interview untuk company catering di Senawang sebagai admin/accountant. Cuma aku failed sikit bila dia tanya suatu soalan which is maybe one of criteria untuk bekerja dekat situ. Apa criteria dia biarlah rahsia, sebab benda ni siapa yang bekerja food industry sub gov, mesti alert perkara ni. Aku pun tak buat research pasal company.
7 Julai 2020
Selepas beberapa bulan berdiam diri aku macam why not pergi lagi experience interview. Saja nak dengar orang cakap aku overqualified. Aku suka dengar, jadi itu juga aku dengar masa apply sebagai Kerani Am di Sikamat. Aku willing to learn, aku takde masalah bukan aku tak pernah belajar. Next,
Petang tu aku dapat call untuk datang interview lagi di Seremban 2, mesti korang cakap tak penat ke suuu? hahahha aku sendiri rasa benak otak dah.
8 Julai 2020
Iaitu hari post ini ditulis, aku baru sahaja balik dari Gombak untuk satu IV. Aku rasa ini paling formal dan paling scary tapi aku enjoy interview session. Dihadapan 7 panel, bermacam soalan diajukan termasuklah "Siti, lahir di Sabah" hahahaha.
Makin lama makin pendekkan?
Sebab aku tahu akan ada kata aku memilih. Aku seratus peratus akan tolak majikan bayar gaji bawah RM1200, aku tolak majikan tak bayar EPF Socso. Ini ialah perkara asas untuk bekerja dan menentukan bagaimana keutuhan sebuah company tersebut. Jadi kalau tak mampu nak bayar basic pay untuk pekerja itu bermaksud kau belum mampu untuk hire pekerja.
Sekitar awal bulan 8, aku masih tak nak berputus asa untuk apply mana mana tempat, aku sendiri rasa aku perlu sentiasa kuat bahkan jangan mudah rasa give up walaupun itulah yang aku rasa setiap kali setiap iv aku tidak dibalas.
Jadi aku mulakan dengan interview di sebuah cafe di S2, ketika ini aku apply untuk jawatan Kerani dan juga pembantu kafe, kerja seperti biasa tiada hujung minggu, tapi apa pilihan yang ada? Sesi interview berjalan dengan baik, cumanya pihak kafe berdiam dalam seminggu tapi apabila aku guna nombor lain untuk bertanya tentang jawatan tu, dia masih mengatakan jawatan masih kosong. Apa lagi weh, angkat kaki lupakan kau bukan pilihan dia.
Selesai disitu, aku pergi ke satu kedai barangan sukan di S2 juga untuk jawatan Promoter kerja sales. Garu kepala tapi masih bermotivasi, interview kali ini lebih kepada sharing portfolio(cehh, aku share gambar2 product aku je) yang aku ada. Aku sendiri seorang yang suka berniaga dan kedai itu memerlukan seseorang yang minat bidang marketing disamping bersaing dengan branch lain, aku baru tahu sesama jenama pun masih juga bersaing dari segi branch.
Keluar sahaja dari kedai tu, aduhai kereta aku dapat surat cinta dari MBS. hahahahaha, takpa. Penat sebenarnya tapi aku enjoy journey ni. Aku lebih suka sibuk ke hulu ke hilir dari aku duduk dalam bilik memikirkan apa yang aku nak buat lagi ni!!!
11 Ogos 2020
Aku terjun ke bidang mengajar di sebuah tadika. Sejujurnya aku bukanlah seorang pencinta kanak kanak, tapi bila dapat peluang sebegini aku manfaatkan sebaik mungkin. Hari pertama aku dah pun mencuci poo poo Wafi hahahah, salah satu children kesayangan, semua sayang sebab semua ada perangai masing2, teacher minta maaf teacher tak say proper goodbye hari tu. Kalau teacher tahu itu last day teacher akan hug semua. Teacher memang macam singa tapi teacher sayang semua. Aku sempat mengajar disini dalam 3 bulan sahaja.
Ada rezeki yang Allah berikan setelah berusaha sejauh ini dalam tahun 2020. Alhamdulillah.
*ketika aku menulis posting ini pada bulan Julai 2020, dan aku draftkan sebab aku risau harapan aku terlalu tinggi. Jadi aku edit semua dan post untuk bulan October 2020