Tempat Baru

 Assalamualaikum semua...

28 October 2020, berbaki lagi beberapa hari sebelum aku akan berhijrah ke tempat baru. Aku tak sangka sebenarnya aku akan dapat tawaran bekerja ni. The struggle is real kawan kawan, disebalik pandemik yang melanda negara kita ini aku bersyukur kerana ada rezeki untuk aku terus bersyukur. Aku tahu bukan semuanya bernasib baik, tapi tetap ingat untuk selalu bersyukur dan berusaha. Cari alternatif cari sampai jumpa. Dari seorang yang kerja 12 jam sehari, 8 jam tiada hujung minggu. Tahun 2020 ini aku berazam untuk bekerja dan capai balance worklife, dimana aku mahukan aku bekerja dan aku juga enjoy masa aku. Penat kerja weh, adulting is hard. Every day kene fikir dan terus berfikir untuk berusaha menjadi lebih baik, apa lagi cabaran baru, bagi je aku boleh lakukan. 

Dan percaya, direzekikan orang sekeliling yang baik baik. Sentiasa tolong aku untuk menjadi lebih baik. Selepas beberapa lama menanti dan sebenarnya tidak mahu berharap setinggi langit, nanti terjatuh terus menyembah bumi. 


sambungan tahun 2021, 17 Mac 2021.


Ketika aku mula mengambil inisiatif untuk menyambung penulisan ini, aku sebenarnya berfikir segala benda untuk aku ceritakan. Apa apa pun kerja aku sekarang, aku bersyukur dengan segala limpah kurnianNya. Aku tiada kata kata lain selain untuk aku terus belajar dan belajar menjadi insan yang lebih baik. 


Alhamdulillah hampir 5 bulan merantau ke Kuala Lumpur meneruskan kerja yang InsyaAllah aku akan jaga baik baik sehingga aku pencen. Doakan aku berjaya untuk ditukarkan tetap untuk tahun ni ye. Banyak benda yang aku belajar sebenarnya, aku bukanlah based on office. Aku kerja lasak dan aku jadi mati kutu bila aku takde kerja nak buat ni. So aku hanyalah teruskan belajar segala macam benda. Imagine segala surat aku mmg tk reti buat, selama ni kerja cari customer kerja dengan barang2 tak hidup. Kali ini tugasku besar, handle orang2 education dan melibatkan perkara2 penting dan confidential. Aku tak tahu nikmat apa lagi yang ingin aku dustakan. 


Terima kasih pada kawan aku, sebab banyak bantu aku dari aku datang sini, masa dapat tawaran tu, aku terus blank sebenarnya, macam mana nak teruskan hidup ni. Aku reti nak hidup sendiri, risau sebab kerja disini pun banyak cabaran luar. Banyak yang akan berubah, jadi aku sentiasa kuat. 


Terima kasih yg utama umi dan abah yang tak putus2 bagi dorongan pada anak dia ni. Aku akhirnya berjaya mendapatkan kerja yang worklife balance. Dan memudahkan aku untuk lorongkan ke satu jalan iaitu utk berkahwin. Aku perlukan Sabtu Ahad untuk aku ada masa dengan keluarga aku. So far Alhamdulillah, aku boleh lakukan semua benda. Dari segi kewangan, aku uruskan sebaik mungkin dan aku tak nak boros. Sentiasa berjimat cermat sebab aku nak kumpul untuk sesuatu. Aku nak kahwin hahahaha. bunyi kelakar sebab jodoh pun tak tahu siapa. Tapi biarlah aku sedia dari sekarang. Aku anak sulung, nak harapkan duit umi abah lagi ke untuk kahwin? Jadi aku usahakan semuanya sendiri. 


Selepas ini, nyatanya aku akan terus lorongkan impian untuk bertemu seseorang. Untuk bakal suami nanti, kita usaha sama sama okey? Susah mcm mana pun, sentiasa berusaha sama sama. Jangan harapkan utk bebankan seorang sahaja. I don't mind untuk bahagikan pebelanjaan rumah, sama sama rasa penat cari rezeki. 


Sudahlah berangan, tak tahu apa yang sampai dulu. Ajal atau jodoh. Jadi focuslah pada diri sendiri dulu ye cik Suraiya. Byeee

 

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student