Kenal

 Macam mana kenal? Kawan kenal kan ke? Jumpa dekat mana2 ke? Ke kawan lama?

Assalamualaikum semuaaa, walaupun tiada siapa yang menantikan kisah ini biarlah aku ceritakan tanpa diminta, hahahahaha.

Memandangkan hari ini lagi seminggu nak bertunang, jadi sebelum huru hara sebab membayangkan all the preparation nanti jadi eloklah kita huru harakan minggu last ni. Disini, aku cuba untuk ceritakan serba sedikit tentang macam mana kenal and short sebab the most important is the part wedding preparation. 

So we met each other virtually di Fb Dating last year bulan Februari. Masa ni saja sebab nak cari kawan nak berbual, jadi adalah seseorang ni "Assalamualaikum awak" penuh ye bagi salam sebab tu aku jawab "Waalaikumsalah jodoh saya" hahahaha k gurau. So within 24 hours, add ig masing2. Kemudian, proceed bagi nombor telefon. 

Tahu jelah aku terpaling nervous nak bagitahu umi abah aku nak kahwin. Jadi situasi dia sangat awkward dan aku jadi kaku blur entahlah. Fasa tu paling menakutkan, either diterima atau ditolak. And aku pun sedang meyakinkan diri untuk perhubungan ini biarlah sederhana. Aku tak nak terlalu sayang nanti aku akan patah hati. Kawan kawan semua dah warning, kalau dia buat hal siap eh. Jadi dalam bersederhana, kami mengumpul keberanian untuk memberitahu keluarga masing2 setelah 1 bulan lebih berkenalan. 

Masa tu nak raya, jadi planning asal untuk bawa dia ke Seremban. Tapi PKP menjelma kembali, maka postpone sehingga raya haji. Tarikh asal untuk bertunang ialah bulan 8 tahun lepas, tapi aku dah lupa tarikh dia. Abah pun dah personally jumpa dia, mungkin adalah tu men talk. 

Alhamdulillah everything went smooth, tiba tiba habis tahun 2021 dengan umur aku 26 tahun terbazir hahahaah. ingatkan boleh tawenn. 

Bulan November, we proceed untuk bertunang pada Januari 2022. Segala plan diaturkan kami berdua dan persiapan untuk bertunang. Terima kasih sebab banyak berkorban untuk masa depan kita, 

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student