Preparation Majlis

Assalamualaikum Koranggg, aku kan tak post pun pasal majlis tunang sebab aku takde idea plus everything rasa mcm kalut kalut kalut. Beza tunang dengan nikah dalam 3 bulan, dan aku pun busy dengan mcm2 benda (kengkonon lah). 


by the way, dalam kepala ni tooo many things nak diceritakan. Rasanya akan tunggang terbalik post aku ni duk menyembang itu ini. First of all semua nak tahu how engagement day hari tu? Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, paling penting makanan mencukupi dan segalanya dipermudahkan. Perasaan bila jadi tunang orang? Rasa lega ada orang nak kat aku hahahaha, tak weh sebenarnya risau dengan orang duk kalut pasal dugaan bertunang tapi alhamdulillah so far lagi beberapa hari nak kahwin ni, dugaannya dari segi kewangan tapi ajaibnya akhir2 ni Allah datangkan berlipat kali ganda rezeki yang aku tak sangka sangka dan bersyukur sangat. 

Rezeki dapat rumah sewa, rezeki dari umi abah banyak bantu kami, rezeki ibu ayah belikan brg elektrik utk kami. Emotional sikit sebab rasa mcm dah dewasa kene decide benda2 besar dalam hidup ni. Banyak kali cakap dengan tunang, "mcm tak percaya, betul ke nak kahwin dengan saya" selepas dia dah spend duit buat grab siang malam utk kumpul beli utk batal air sembahyang hahahaha. Aku mudah goyah hahaha. Tapi dia kuat, banyak benda dia korbankan untuk masa depan dia. Dan dia pun banyak memberi peringatan untuk aku. Walaupun banyak juga aku endah tak endah. Doakan suami aku nanti bersabar dengan perangai aku ni. 

Perihal persiapan, alhamdulillah semuanya hampir siap, cuma tinggal final untuk goodies dan sebagainya. Fuhh, aku ni jenis semua nak buat sendiri, jadi aku kene tutup mata kali ni, aku akan delegate kerja kerja hahaha so aku akan QC nanti hahahha. over macam ape tah. Tapi iye weh, kau akan rasa semua benda kau nak settlekan sehinggalah kau akan jdi bridezilla. So start hari aku bercuti sehingga ke hari majlis, aku akan cuba bertenang, pergi spa pergi fitting baju nikah dan etc. 

Mak aku pulak, dari 500 ke 600 sekarang dah jadi 700 jemputan. Aku hanya tersenyum dan mendoakan supaya segala berjalan lancar. Doakan makanan mencukupi dan segalanya dipermudahkan. Punyalah kalut kan, aku ni ada 2 baju nikah, tunang pun sama. ahahahah kitorg ni boleh jadi complicated sebab dia akan ada last minit perubahan. 

The moment yang paling aku tunggu dalam hidup aku hampir tiba, selama ni aku hanya perhatikan dekat majlis orang. Perhatikan dan rasa happy hehehe sebab semua orang perhatikan kau. ehh tiberr. Tapi kali ini ialah majlis aku, aku yang kahwin. hahahaha. akulah ratu sehari. lagi tiberr. 

Hmmm korang, aku dengan tunang aku ni cengeng sikit. aku risau kalau aku over menangis nanti make up rosak... make up mahal hahaha. 

pastukan, aku sangatlah menitik beratkan final product yg aku nak iaitu gambar n video. Sebelum tu aku hanya ada photographer, lepas buat kiraan dan budget. aku laburkan untuk videographer. itu yang paling excited wehh. Takpelah, aku kahwin sekali je seumur hidup, aku nakkan sesuatu yg hidup untuk aku tengok nanti, tak pun bagi anak cucu aku tengok sebab diorang tak dtg kan wedding aku hahaha

nantilah aku sambung...


Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student