Kewangan Tahun 2023

Bukan selalu dapat hadir dan menulis dalam blog kali ini, semuanya memerlukan masa dan idea serta usaha untuk ada hahahaha. Masuk sahaja tahun 2023, selalunya perkara pertama yang aku akan buat ialah reset my planner dengan kewangan. Memandangkan dah berkahwin dan bakal mempunyai anak tak lama lagi, prinsip aku biarlah aku simpan sekarang dan konsisten, walaupun susah sebenarnya nak konsisten dengan kewangan sendiri ni. Oh ye, aku dekat sini bukanlah sebagai penasihat kewangan mahupun apa apa sahaja gelaran, aku hanya berkongsi tentang apa yang aku buat untuk tahun 2023 ni. 

Seawal bulan 12 lagi, aku dh beli planner 2023. Tapi mood tidak menentu, aku hanya buka dan edit pada hujung bulan 12. Untuk menaikkan semangat serta inginkan mood yang baru untuk tahun baru. Aku akan hias secantik yang boleh supaya kelihatan semangat. 

Alhamdulillah, masuk tahun 2023 banyak hutang yang aku selesaikan dan aku rasa aku buat pilihan tepat disamping dapat cash reserve yang aku boleh simpan memandangkan skrg unpredictable. Antara hutang yang aku langsaikan ialah PTPTN, hutang kereta, hutang Aeon (motor) & hutang phone. Aku sebenarnya dah lama cari solution dan aku memikirkan agak susah aku reserve 6 month salary sebagai Tabung Kecemasan aku. Jadi, aku buat penyatuan hutang untuk semua yg diatas dan aku ada cash reserve yang aku invest. 

Oh ye, aku pun ambil keputusan untuk tutup ASBF aku memandangkan aku rasa kenaikan OPR tidak membantu aku dari segi bayaran bulanan serta dividen yang tidak mampu cover setahun installment, mungkin orang akan cakap, jangan bandingkan tapi aku rasa aku memandang dari sudut mcm tu sebab plan aku sebenarnya untuk buat bayaran lumpsum setahun. Tapi apakan daya, aku rasa tak sesuai walaupun dividen tahunan bagi aku okey, cuma aku decide untuk tutup. Sebenarnya awal tahun lepas aku dah decide nak tutup tapi bila apply mora yg agak panjang, jadi untuk tutup aku perlu topup lebih kurang RM2-3k. Jadi ketika itu keperluan aku lebih kepada untuk saving kahwin, jadi aku batalkan hasrat. Untuk penutupan account ni pun, aku perlu bayar sejumlah amount. Tapi aku lega sebab aku tutup satu commitment. 

Masuk sahaja tahun 2023, focus utama aku ialah menambah baik segala simpanan dan penggunaan duit. Last year, aku konsisten sampai bulan 5-6 je, selepas aku pregnant aku rasa malas yakmat ye nak update perbelanjaan harian aku. Tapi last year mmg banyak pengeluaran sebab aku buat majlis tunang, nikah & kahwin. Jadi faham jelah, expenses tu melebihi dari jangkaan. 

So, kali ini focus aku ialah buat beberapa penyimpanan termasuk sinking fund, emergency fund serta challenge fund. 

Untuk Sinking Fund, ada 3 setakat ni (Roadtax&Insurance, Service Kereta, Simpanan Baby). Untuk Roadtax&Insurance aku letakkan due August 2023: RM1000 (renew bulan September), Service Kereta (dah completed) due January 2023: RM300(service bulan Jan) dan Simpanan Baby tiada due date sebab baby is forever commitment ye (but so far saved around RM400). 

Untuk Emergency Fund aka Cash Reserved, aku bahagikan kepada dua account iaitu Tabung Haji dan ASB. Tabung Haji ni easy cash reserved sebab anytime aku boleh keluarkan incase ada emergency, dan ASB untuk investment. 

Untuk Challenge Fund, aku buat 52 Weeks Challenge, RM250 Monthly Challenge, 12 Month Challenge and RM1000 Challenge. Nampak banyak tapi aku nak motivate diri untuk simpan lagi banyak dan challenge ni easy way untuk aku seronok saving. So far progress aku berjaya simpan dalam RM875 untuk bulan ni. Ini sebab aku nak excited so ada bonus ke aku akan letak dkt sini sikit, bahagikan yg mana2 aku nak. Untuk challenge RM1000 aku belum mula sebab aku akan habiskan yang RM250 challenge dulu. 

Mungkin aku belum mahir lagi untuk Sinking Fund sebab ada a few Fund yang aku tahu aku perlu tapi aku tak nak terlalu extreme simpan semua duit aku. Contohnya macam Hari Raya Fund which is aku letakkan budget untuk duit raya nnti. Tapi tu aku rasa inshaAllah, aku boleh cover lagi sebab plan tahun ni raya biasa biasa je walaupun raya sudah bersuami dan ada baby nanti. Aku pun dah prepare awal hari tu beli baju  melayu untuk suami (alasan aku sebab lelaki ni susah nk cari warna baju dia, jadi aku suruh dia beli dulu, baju aku dengan anak takpe, nanti aku shopee baju anak, baju aku last minit pun tkpe; actually motivation supaya lepas beranak nanti kuyus hahahaha)

Perkara yang biasa aku akan buat bila dapat gaji ialah buat pengeluaran untuk belanja harian which is aku allocate RM300(belanja) & RM300(minyak kereta). Untuk api & air aku siap siap masukkan RM100/2 untuk setiap account. Manakala untuk topup phone bulanan RM50. Lebihan aku akan decide untuk penuhkan mana mana Fund yang aku susun. Aim aku untuk penuhkan mengikut due date, jadi mana yg due aku akan cuba masukkan banyak yang mungkin. 

Ada tambahan, sebelum ni rasa macam aku tak minat sebab aku bukanlah pemakai brg kemas. Tapi aku nampak benda ni as long term investment serta duit yang mudah cair. ye ke ek? Tapi untuk tahun 2023 ni, aku tak menyimpan sebab aku dah beli awal Jan hari tu menggantikan yang hilang. Sedih weh. 

Oh ye, aku ada buat settlement untuk motor which is actually habis Feb 2025. Jadi aku pun akan dapat cash reserve tambahan setiap bulan. Aku doa sangat sangat supaya aku lupakan cash yg ada, dan aku simpan baik baik supaya tak terguna untuk kepentingan diri ataupun nafsu semata. 

Mungkin setakat ini sahajalah yang dapat aku kongsikan, sekali lagi aku ingatkan. Apa yang aku buat ini ialah berdasarkan keupayaan aku dan usaha untuk saving supaya aku tak cemas bila kene keluarkan sedebuk duit pada bulan2 tertentu. Dulu mcm tu, aku malas nak simpan sebab rasa gaji bulanan boleh cover if aku perlu bayar segebuk gitu, tapi bayangkan bulan yg lain2 dimana aku ada duit segebuk tu, tapi aku spend pada unnessary thing? 

Thank you korang spend time baca blog aku. Walaupun aku syok sendiri ada ke yg baca. hahahaha


Assalamualaikum. 



Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student