Stranger

Haih kelakar kan ? orang yang kita kenal awal tahun ni tiba-tiba jadi stranger then lepaskan segalanya macam tu je?

Mungkin for those yang tak clear about my story 2015, aku ringkaskan. Tapi ringkasan aku selalu lebih dari 150 patah kata. 

Terlebih dahulu aku kenal dia dari kawan aku sendiri, Saf. F ni kawan kepada tunang Saf. Suatu masa dulu, kitorang pernah kacau dia melalui call. Saja nak test dia ni jenis lelaki yang macam mana. Tapi dia baik actually, tak tanya lebih. Bila salah nombor terus letak, which is good lah.  End up dari kacau orang tu, aku pun buat tak kisah pasal dia. Siapa je lah dia tuh?

Suatu hari entah macam mana, aku pun lupa macam mana Saf boleh kenalkan aku dengan dia. Tapi mula tu Saf bagi nombor dia dekat aku and sebaliknya pada dia juga. Aku tak sunyi, seriusly tak. Tapi niat nak berkawan, sebab kadang-kadang kita perlukan seorang teman selain dari sahabat-sahabat kita. Which is a man. Aku tak anggap benda tu serius mula tu, sebab aku pun tak suka letakkan perasaan aku pada orang sesuka hati. But then lama-lama jadi macam tersuka, sampaikan aku macam orang tengah fall in love. 

Okey, Thats fine with the good ones...

Tiba-tiba bila aku masuk semester 5, dia terus diamkan diri. And i was like, oohh, okey, he busy doing his PTA fr final yr. Sebab sikap biarkan aku ni, and aku pun sendiri tak belajar dari kesilapan lepas, yeee, aku terlepas.

But then, terlepas dengan perkara yang menyakitkan. Suatu hari aku dapat whatApps dari kawan dia which is Iq, aku kenal dia sebab aku follow dia dekat Instagram atau mungkin dia tak perasan. Tapi sadly to said is, aku reject awal-awal nak kawan dengan dia. Sebab aku tahu ada benda tak kene disebalik conversation yang pelik sangat bagi aku. Awkward kot, kau berbual dengan kawan kepada lelaki yang kau suka. 

1 days later, aku bagitahu Saf pasal perkara ni. Sebenarnya dalam perbualan tu, Si Iq ni bagitahu dia dapat nombor ni dari tunang Saf, kawan diorang jugaklah. Paling kelakar bila dapat tahu yang tunang Saf never save my number, and i was like "ting!!!" . I know lah ini kerja si F ni. Pada malam aku berws dengan Si Iq, aku ada ws Si F tanya pasal ni and tahu dia cakap apa? " So apa kene mengena dengan saya?" Masa tu, aku tahu itu bukan ciri lelaki bagus untuk buat laki, tapi buat lap kaki jer. 

Kuasa Allah nak tunjuk dekat aku, perbualan antara Si F and the geng didengari oleh tunang Saf. "Done!!!"  

Tapi antara perkara yang aku sedih ialah 

"Kau nak Su tu ambek je, Aku tak kisah pun"

"Aku anggap dia kawan je. Tak lebih"

Faham tak situasi ni? Bila Saf bagitahu tu sebenarnya dia risau pasal aku, aku bukan boleh study kalau ada benda-benda bodoh ni. Tapi Pyka yang tanya aku dulu

"Su, su still contact dia?"

"And the bla bla bla.....

Tipu kalau masa tu, aku tak sedih. Sedih sampai aku rasa nak lari masuk bilik and nak nangis. Tapi rasa je, aku tak buat pun. Sebab aku reada dah. Setiap kali solat, aku doakan untuk jodoh aku. Aku letakkan nama dia, tapi aku ada sebut " Seandainya dia bukan milikku, Kau jauhkanlah perasaan ini tanpa rasa sakit sikit pun". Masa tu, aku bersyukur sangat sebab aku percaya doa itu termaqbul. 

Aku cuma terkilan dia diamkan semua ni. At least bagitahu yang dia tak suka aku. Hoi. tak mati pun kalau berterus terang. Its normallah kalau benci sikit. 

Sampai sekarang, aku tunggu dia berterus terang. Kalau dulu aku tunggu dia. tapi sekarang aku nak tengok, sejauh mana dia boleh pergi dengan bodoh sombong dia tuh. 

Sabarlah wahai hati, jangan menangis...


Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student