Its Warp! - Semester 5

Akhirnya semester 5 sebagai student Diploma in Tourism Management di UiTM Lendu semakin sampai ke penghujungnya. Aku pun sendiri rasa macam nak tepuk diri sendiri sebab aku berjaya untuk sampai ke tangga sekarang. Alhamdulillah Ya Allah. Seronoknya. Ucapan macam dah graduate jeh. By the way, aku sangat happy sekarang, berbaki lagi 2 paper before melangkah untuk ke Industrial Training. 



Start 2 November, InshaAllah, bakal berpraktikal di Azam Travel & Tours di Seremban. Thanks for accepting me as practical student. Berdebar sebenarnya nak melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, semoga bekalan semasa dalam class dan luar class berjaya aku praktikkan di tempat itu. Kalau boleh aku nak fikirkan segala yang baik-baik sahaja, tak nak terlalu tumpukan pada negatif thinking yang boleh rosakkan hidup aku. 


And starting from now, aku cuma nak biarkan hidup aku macam ni, inilah aku. Means, no more suraiya yang dulu, Selalu pesan pada diri supaya tak terlalu teruja dalam apa jua perkara, sebab tak semuanya milik kita kan? Sebenarnya takut nak hadapi dunia sebenar, dunia yang tidak mengira pelbagai latar belakang, pengalaman yang membezakan mahupun perangai yang pelbagai. Cara aku mudah je, sabar dan diam. 

Final kali ini aku nak target tinggi sebab last semester result aku tak cantik, sorry ummi abah. Jadi semester ni, aku belajar untuk jadi rajin balik walaupun susah sebenarnya. 

Banyak aku fikirkan selepas habis final ni, termasuklah tujuan aku selepas ini. Untuk degree , inshaAllah, aku akan go on terus ke degree after aku settlekan MUET lah. Ini MUET pun aku tak ambil lagi, so keep calm su. Doakan aku eh korang. 

Pasal hati dan perasaan, kali ini aku simpan elok-elok dalam diary. The best man will stay forever. Might be you, or you, or you. Silap aku jugak. hish... terlampau sayang.


Sahabat, dah final semester rupanya kita kan? Lepas ni semua nak kembali ke tempat asal untuk berkhidmat. Lepas ni aku akan rindu semuanya tentang korang, every inch tentang korang semua, diploma level is the best part ever, sebab masa ni aku belajar untuk kenal dunia dan belajar untuk semua perkara. Thanks yang pergi dan yang stay mahupun akan datang nanti, tolong, kalau tak tahu cerita hidup aku, tak tahu bab setiap cerita, jangan mencanang aku macam mana. Hanya sahabat aku yang tahu. Untuk sahabat jauh tapi dekat di hati, korang is still the best, thanks sebab selalu dengar luahan aku, lepak tak kira masa, Sayang korang act. Nanti aku buatkan satu entry khas untuk sahabat2 aku sekalian.

Akhir sekali, terima kasih untuk segalanya, aku tak mudah untuk lupakan sesuatu perkara, aku simpan semuanya. 

And Faisal, kdg2 penantian bukan perjanjian untuk sesuatu perkara yang baik, but try to make it worth it. 

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student