Posts

Showing posts from November, 2016

Cursing Myself

Setiap kali kau disakiti akan ada titik pengalaman yang kau sendiri fikir ianya cukup mengerikan and kau tak nak hadapi lagi. Kau akan rasa macam tak nak ada sesiapa datang lagi and kau nak serahkan urusan masa depan kau pada keluarga kau. Kau nak belajar sampai bila-bila and tak nak temukan sesiapa pun. Kau akan rasa macam kau pemberi harapan dan kau yang akan hancurkan harapan itu. Kau fikir yang kau tak layak untuk sesiapa sebab nanti semuanya akan sia-sia. Kau rasa kau ni perosak orang lain. Faham tak sakit dia macam mana? Aku tunggu orang yang betul-betul selayaknya jadi orang yang boleh berada disisi aku bila susah bila senang. Bila aku give up, bila aku berjaya, sama ada ketika aku sedang terlantar sakit mahupun saat gembira travel together.

Wedding Vs Small Reunion

Image
Hari Jumaat lepas 11 Nov 2016, aku, syu and fana bertolak dari UiTM Puncak Alam menuju ke Johor Bahru. Mula-mula naik bas 753 (RM 2)  sampai ke seksyen 2, lepas tu naik bas percuma sampai ke stesen KTM Shah Alam (RM 5.10) ke TBS. Setiba di KL Sentral kitorang tukar train untuk ke arah Seremban. Tapi tak sampai Seremban sebab nak ke TBS. Nak balik tahu tak! Dekat TBS, kitorang berjumpa dengan effa untuk gerak sama ke JB. Cuaca agak gelap even baru pukul 4 ptg. Masuk exit Seremban-PortDickson untuk ambil ecah. Jadi kitorang dah cukup 5 orang. Disebabkan semuanya tak makan lagi terutama dari Puncak Alam ni, jadi singgah di rnr jejantas Ayer Keroh untuk makan sebentar. Sepanjang perjalanan memang tahan mata aku melayan driver berbual. Diorang siap pesan, siapa tidur sila bayar tol yee. And i was like jangan tidur su. Tapi bagi aku bila lama tak berjumpa, Semestinya ada banyak benda nak diceritakan.  Berbual sampai tiba di Johor pada pukul 8 malam. Okeylah tu kan? Terus pe...

Realiti Hidup Seorang Student

Masih ingatkah masa zaman diploma dulu, tatkala diri mengatakan bahawa degree sama seperti diploma. Cuma mungkin berbeza ialah aras atau tahap pembelajaran kita. Namun ketika aku melangkah ke alam degree, ada beberapa perkara yang unexpected yang aku rasa membuka mata aku dan menarik untuk aku kongsikan bersama semua pembaca (if adalah). Aku rasa banyak perbezaannya yang mungkin setiap individu akan perasan. Aku ialah produk uitm jadi aku bercakap dengan pandangan aku sebagai student uitm.  Doing Something Different Setiap orang mestilah mempunyai life target sama ada untuk meneruskan ke peringkat sarjana mahupun phd. Namun sebelum itu, ijazah yang bakal keluar nanti. Ijazah yang kita bawa untuk apply kerja itu sendiri mungkin berbeza setiap orang. Dari segi akademik, sesiapa sahaja berhak berjaya atsa usaha dan izin Allah, tetapi haruslah berunsurkan ciri-ciri pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kepimpinan ataupun penglibatan. Aku cakap macam ni sebagai seorang ya...

Cerpen 2 : Kehujanan Ujian Part 1

‘Apa yang kau tahu sebenarnya hanyalah muka hadapan, kau jangan judge aku seperti kau sudah membaca bukunya’ Jerit aku kali ini terhadap Farok. Sudah acapkali aku abaikan segala kata-kata orang kampung mengenai ketiadaanku selama 5 tahun. Dia sendiri tidak tahu sebenarnya apa yang perkatakan, tapi yang dia tahu hanyalah menghebohkan kepergian aku selama ini untuk menutup aib keluarga. Aku menangis lagi. Tidak tahu  yang keberapa kali, tetapi kali ini lebih perit apabila rakan baikku sendiri yang menuduhku bermacam perkara. Lima tahun lepas merupakan titik bermulanya untuk aku yang ingin mencari sebuah kehidupan yang lebih baik berbanding di kampung. Aku cuba meneroka bidang kerjaya di Kuala Lumpur berbekalkan duit poket yang tidak mampu untuk membayar sewa sekalipun. Mereka tidak tahu kesusahan yang aku alami saat aku ditarik ke kancah pelacuran dan judi yang sungguh aku takuti dan dilaknat Allah. Aku mula pergi dengan kenalanku yang aku kenal dari facebook. Dia yang menaw...