Wedding Vs Small Reunion

Hari Jumaat lepas 11 Nov 2016, aku, syu and fana bertolak dari UiTM Puncak Alam menuju ke Johor Bahru. Mula-mula naik bas 753 (RM 2)  sampai ke seksyen 2, lepas tu naik bas percuma sampai ke stesen KTM Shah Alam (RM 5.10) ke TBS. Setiba di KL Sentral kitorang tukar train untuk ke arah Seremban. Tapi tak sampai Seremban sebab nak ke TBS. Nak balik tahu tak!

Dekat TBS, kitorang berjumpa dengan effa untuk gerak sama ke JB. Cuaca agak gelap even baru pukul 4 ptg. Masuk exit Seremban-PortDickson untuk ambil ecah. Jadi kitorang dah cukup 5 orang. Disebabkan semuanya tak makan lagi terutama dari Puncak Alam ni, jadi singgah di rnr jejantas Ayer Keroh untuk makan sebentar. Sepanjang perjalanan memang tahan mata aku melayan driver berbual. Diorang siap pesan, siapa tidur sila bayar tol yee. And i was like jangan tidur su. Tapi bagi aku bila lama tak berjumpa, Semestinya ada banyak benda nak diceritakan. 

Berbual sampai tiba di Johor pada pukul 8 malam. Okeylah tu kan? Terus pergi ke hotel. Ada yang siap-siap, then pergi rumah saf kejap. Aku pun ambil kesempatan untuk lukis inai. First time ni lukis inai. Rasa macam pelik semacam. After tu, kitorang bergerak menuju ke dewan majlis tu. Tengok suasana dewan then siapkan goodies dengan bakal pengantin ni. Moment last before esoknya bakal diijabkabulkan. Omaigad kawan ai dah kahwin.

After siap semua, kitorang lepak jap before bergerak untuk supper atau late dinner. Dengan bakal pengantin ni sekali. Takde hallah.. Sampai di bilik, semua dah lentok tidur. Yang tinggal kitorang berempat, aku, ecah, pika and saf. Like a pillow talk sampai pukul 1 lebih. Very last moment lah ni. Sedih lah jugak, tapi happy for her. Dia dah jumpa jodoh yang dicari selama ni. Tahniah saf, Cinta pertama dan terakhir ni. Cepat-cepat dapat baby pulak eh!

Keesokkan harinya, pukul 5 dah bangun tapi mamai jugak lah. Pergi gosok baju dekat tingkat atas. Mamai2 ni boleh lah. Dalam pukul 6 tu, mak andam datang. Tiba-tiba nak set up bilik kitorang as their make up room sambil berpesan no one can enter this room yee. Alamak! dengan 7 orang dalam bilik ni how can we alls keluar. Tapi nasib baik ada bilik lain which is bilik adik pika and budak jepun ni. Kiranya budak jepun ni pi tidur bilik kitorang. 

Bersiap siap, dalam jam 7.45 pagi, pergi rumah saf ambil baju untuk budak jepun tu. Tapi ibu saf pesan suruh pergi sarapan dulu. Jadi we alls, pergi sarapan ni. Lepas tu patah balik rumah saf untuk ambil hantaran. Hantaran ada 5 dulang je, jadi senang nak bawa dalam satu kereta. Setibanya di hotel balik untuk pick up saf and family pika. Masa nampak saf tu we alls like, oh mai dear!! you look soo stunning ever. Sebab jarang make up kan! so memang tak nampak saf lah. Nampak orang lain.

Gerak sampai dekat masjid dalam pukul 9 tepat. Masa ni gelabah kot, tapi nasib baik semua sampai tepat jam 9 pagi. Alhamdulillah, selesai majlis ijab kabul.










Lastly, my ootd

Dolly Kurung by Erreqa Collection,
Shawl by Umi
Henna
Flat Shoes
Grand 2



Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student