Realiti Hidup Seorang Student
Masih ingatkah masa zaman diploma dulu, tatkala diri mengatakan bahawa degree sama seperti diploma. Cuma mungkin berbeza ialah aras atau tahap pembelajaran kita. Namun ketika aku melangkah ke alam degree, ada beberapa perkara yang unexpected yang aku rasa membuka mata aku dan menarik untuk aku kongsikan bersama semua pembaca (if adalah). Aku rasa banyak perbezaannya yang mungkin setiap individu akan perasan. Aku ialah produk uitm jadi aku bercakap dengan pandangan aku sebagai student uitm.
Doing Something Different
Setiap orang mestilah mempunyai life target sama ada untuk meneruskan ke peringkat sarjana mahupun phd. Namun sebelum itu, ijazah yang bakal keluar nanti. Ijazah yang kita bawa untuk apply kerja itu sendiri mungkin berbeza setiap orang. Dari segi akademik, sesiapa sahaja berhak berjaya atsa usaha dan izin Allah, tetapi haruslah berunsurkan ciri-ciri pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kepimpinan ataupun penglibatan. Aku cakap macam ni sebagai seorang yang dinasihatkan oleh lecturer aku. Untuk menjadi seorang lecturer diperingkat ijazah sekurang-kurangnya master lah. Tapi pengalaman membezakan setiap lecturer
Aku berhadapan dengan pelbagai peringkat pengalaman pensyarah aku. Ada diantaranya yang bergelar Professor Madya mahupun Doktor ataupun seorang pensyarah Master yang sangat aku kagumi. Semalam aku sepatutnya hantar tajuk untuk speech aku. Tapi, ketiga-tiga tajuk aku direject atas sebab tajuknya membosankan. Padahal bagi aku itu ialah sesuatu yang aku rasa diluar kemampuan aku sendiri. Tapi aku cuba untuk buat lagi baik dan baik. Aku submit tajuk lain. Dan aku rasa wow, aku sedang belajar tourism dalam masa yang sama aku perlu dalami tajuk perubatan yakni tajuk yang aku sendiri pilih.
Don't Expect You're Good
Kita sedang pada tahap menuntut ilmu. Jadi berkongsi antara satu sama lain ialah satu peluang untuk kita menyebarkan ilmu yang kita dapat. Pahala pun dapat, kefahaman yang mendalam pun kita dapat kan? Alhamdulillah. Tapi jangan jadi ahli bijak terlalu pandai. Apa yang aku maksudkan ialah, bila mana kita sedang belajar, cuba untuk hadam dulu kemudian baru berfikir dan bertanya. Tapi aku rasa classmates aku semua okey. Diorang give a good feedback bila lecturer tanya ke apa. Aku jenis yang reserve person. Aku suka mendengar berbanding bercakap dalam class. Aku rasa itu ialah satu kaedah pembelajaran yang baik untuk aku. Lain orang lain caranya. Ada orang perlukan 2 way communication untuk lebih faham. Its up to you.
Respect Others
Bila kita hormat orang, maka orang akan hormat kita 10 kali ganda. Jadi kita sendiri diperkenalkan dengan adab segala adab sedari sekolah rendah. Jadi pentingnya adab dalam kehidupan seharian. Tak perlu belajar pun kita boleh fikir sama ada tindakan kita itu membatasi atau tidak. Misalnya adab dengan pensyarah, adab dengan rakan-rakan pun nak jaga. Rileks je, ada masa kita happy, ada masa kita serius. Sebab tak semua orang suka dengan cara kita kan?
Mungkin setakat ini jela coretan aku. Harap jumpa lagi next time. Aku akan gunakan wifi uitm ni dengan sebaik mungkin. Doakan aku untuk lagi 5 minggu sebelum final ni. Assalamualaikum