Cerpen 2 : Kehujanan Ujian Part 1

‘Apa yang kau tahu sebenarnya hanyalah muka hadapan, kau jangan judge aku seperti kau sudah membaca bukunya’

Jerit aku kali ini terhadap Farok. Sudah acapkali aku abaikan segala kata-kata orang kampung mengenai ketiadaanku selama 5 tahun. Dia sendiri tidak tahu sebenarnya apa yang perkatakan, tapi yang dia tahu hanyalah menghebohkan kepergian aku selama ini untuk menutup aib keluarga. Aku menangis lagi. Tidak tahu  yang keberapa kali, tetapi kali ini lebih perit apabila rakan baikku sendiri yang menuduhku bermacam perkara.

Lima tahun lepas merupakan titik bermulanya untuk aku yang ingin mencari sebuah kehidupan yang lebih baik berbanding di kampung. Aku cuba meneroka bidang kerjaya di Kuala Lumpur berbekalkan duit poket yang tidak mampu untuk membayar sewa sekalipun. Mereka tidak tahu kesusahan yang aku alami saat aku ditarik ke kancah pelacuran dan judi yang sungguh aku takuti dan dilaknat Allah. Aku mula pergi dengan kenalanku yang aku kenal dari facebook. Dia yang menawarkan pekerjaan untuk aku. Aku kenali dia sejak aku dibangku sekolah. Selepas  habis sekolah, aku ingin mengikutnya ke sana untuk mengubah nasibku.

Setibanya di Kuala Lumpur, belum sempat aku menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur yang dicanang-canang orang kampungku, aku ditarik oleh sekumpulan lelaki dan dibawa ke kawasan yang begitu asing untuk aku. Penuh dengan perempuan yang menayangkan segala apa yang dia punyai yang aku sendiri tidak sanggup untuk melihat. Malu aku sebagai seorang perempuan. Tudungku ditarik lalu dilempar di dalam tong sampah. Beg bajuku turut dibuang. Aku sendiri hilang punca untuk berfikir secara waras tentang apa yang akan jadi selepas ini.

Acapkali aku meminta Allah ampunkan dosaku serta lindungilah diri aku yang hina dipandangan Yang Esa. Bingung, takut, gila aku dibuatnya. Aku sendiri tidak tahu berapa lama aku diletakkan dipenjara maksiat itu, namun pada suatu hari aku berazam untuk meloloskan diri walaupun sudah berapa kali gagal akibat dikejar oleh lelaki itu. Habis seluruh badan aku dibelasah sehingga tiada daya untuk aku bangun melawan. Kali ini, aku janji sekiranya aku tidak dapat keluar, maka mautlah yang akan membawaku keluar dari sini.

Ketika itu, kawasan itu lengang. Masing-masing sedang seronok menikmati keindahan dunia yang aku sendiri tidak mahu alaminya. Aku lari sekuat hati menuju jalan yang aku tetapkan. Jalan yang penuh dengan orang ramai. Aku terus pergi ke kawasan parkir kereta mencari kereta yang tidak berkunci untuk aku sorokkan diriku. Perasaan takut dan risau menghantui diri. Menunggu pemilik kereta tiba untuk mereka berdua pergi dari kawasan neraka itu.

Saat lelaki itu tiba, aku terus menyorokkan diriku. Sampai satu masa, kereta itu berhenti. Mungkin dia sudah tiba ditempat yang dituju. Aku beranikan diri memberi salam. Nampaknya dia seperti tenang. Seperti tahu keberadaan aku disitu. Aku tahu apa yang aku lakukan ini salah. Aku cuba untuk menerangkan padanya tujuan aku berada di dalam kereta miliknya. Dia kembali meneruskan perjalanan.

Dia terus membawaku ke rumah seseorang. Lalu dia perkenalkan perempuan itu sebagai kakaknya. Mungkin niatnya baik inginkan aku mendapat pelindungan sementara ini. Mujur sahaja kakaknya menerimaku dengan hati yang terbuka. Kakaknya memberikan aku tempat tidur dan makanan untuk malam itu. Aku segera menghabiskan makanan dan masuk ke dalam bilik. Entah aku masih takut untuk terima apa-apa sahaja yang datang. Keesokan harinya aku dibawa ke klinik untuk melakukan pemeriksaan selanjutnya.

Tiada apa-apa yang serius berlaku padaku. Hari itu, aku dibawa pulang ke rumah. Mungkin ada banyak perkara yang ingin ditanya oleh keluarga itu. Segera aku menceritakan segalanya diiringi dengan air mata yang tak henti-henti berjurai mengenangkan nasib aku. Entah apa yang akan jadi selepas ini aku tidak tahu. Kakaknya menenangkan aku, dari situ aku dapat sedikit kekuatan untuk teruskan hidup walaupun aku sendiri rasa seperti tiada masa hadapan yang baik untuk diri ini.

Seminggu berlalu, aku berada di rumah itu manakala kakak itu bekerja. Aku masih dibayangi kisah lama. Pintu rumah diketuk beberapa kali, aku mengintai dari tingkap. Dia balik tengahari itu, tetapi aku berfikir 2 kali untuk membuka pintu rumah kerana kami akan berdua jika dia masuk ke dalam rumah. Namun dia berkata dia ingin mengambil sesuatu di dalam rumah. Lalu aku buka sambil berdiri di pintu menunggu dia keluar. Dia kemudian menyuruh aku untuk membuat air untuknya. Aku segera ke dapur. Tidak menyedari apa yang berlaku di luar.

Tanpa aku sedar, lelaki itu berada di dapur memandang ke arahku. Lain benar pandangannya  kali ini. Aku sungguh takut sambil memohon untuk dia jangan apa-apakan diriku. Pantas aku mencapai pisau yang berada disinki dapur. Terus terusan aku mengacukan pisau ke arahnya. Aku tahu itu ialah protection terakhir aku di dalam rumah ini.  Tanpa aku sedar, pisau sudahpun tertusuk diperut lelaki itu. Aku terduduk sambil menangis. Buntu apa yang harus aku lakukan.
Lama benar masa untuk aku bukakan mata ini. Entah, aku kurang jelas dimata tempat aku berada. Aku perhatikan sekeliling, ramai orang yang berpakaian sama seperti aku. Bezanya tanganku digari ditepi katil, manakala yang lain bebas berjalan. Aku sendiri bingung apa yang berlaku. Mungkin sudah lama aku ditidurkan agaknya.

“Hospital Bahagia Tanjung Rambutan”


Ya Allah, jelas tulisan itu yang menunjukkan dimana aku berada. Apa yang sudah berlaku padaku sepanjang masa ini? Adakah aku sudah gila?

Lelaki itu dan kakaknya menghampiri aku. Aku elak sedikit. Namun kakak itu memelukku sambil menangis. Dia kata aku hampir 3 bulan tidak sedarkan diri. Dia kata aku cederakan adiknya serta cederakan diri sendiri. Satu perkara pun aku tidak ingati. Lelaki itu mengiyakan apa yang dikatakan. Memang benar apa yang berlaku. Malah, CCTV di dalam rumah menunjukkan situasi sebenar. Apakah selama itu berlaku aku berhalusinasi? Adakah aku sudah gila?

Berkali-kali aku meyakinkan kakak dan lelaki itu. Aku masih waras. Tetapi doctor sendiri telahpun mengesahkan aku mengalami masalah mental. Kesudahannya aku menangis lagi. Tidak henti-henti kali ini aku menangis. Mungkin aku akan menjadi bertambah gila apabila tidak berhenti-henti fikirkan masa yang lepas. Mereka menasihatkan untuk aku sentiasa bertenang untuk memudahkan proses pemulihan. Namun lama kelamaan, hampir setahun. Keadaan aku bertambah teruk, aku jadi seorang yang murung. Mula bercakap seorang diri sehingga merisaukan lelaki itu.

Bila ditanya nama lelaki itu. Aku sendiri tidak tahu ataupun aku sudah lupa. Kali ini aku bertanya padanya tentang namanya. Dia memberitahu namanya Hakim. Aku mengiyakan sahaja. Dia seboleh-bolehnya memberi aku semangat untuk teruskan pemulihan kerana ingin melihat aku sihat seperti sedia kala. Aku menangis lagi. Air mata mungkin sudah kering. Tetapi dalam hati seolah-olah banjir dengan segala derita yang aku tanggung. Aku tahu sekiranya aku terus melayan perasaan mental aku, sampai bila-bila aku tidak akan sembuh.

Semenjak itu, aku mula menjauhkan diri dari sesiapa. Aku mula mencari dari mana pangkal hidupku. Mula menjejak kembali tuhan yang lama aku tinggalkan. Makin lama aku makin mampu mengawal diri aku dari berhalusinasi sendiri. Satu tahun tujuh bulan masa yang aku ambil untuk merawat diri ini sendiri berbekalkan pertolongan pakar-pakar pemulihan yang amat membantuku untuk pulih. Tempoh masa itu juga aku jarang sekali dilawati oleh dia dan kakaknya. Aku sendiri masih tidak sempat meminta maaf atas kesalahan aku dua tahun lepas. Aku malu dengan diri sendiri. Sedangkan mereka berdua yang merawat aku, tergamak aku berbuat demikian untuk membalas jasa.


Hari itu, aku hadir sesi terakhir rawatan sebelum aku bakal keluar dari situ. Inilah saat yang paling aku tunggu. Namun aku turut buntu siapa yang akan menjemputku kerana keluargaku tentunya tidak tahu menahu tentangku. Hanya dia dan kakaknya sahaja. Lama aku mengemas begku sambil ditemani air mata. Hatiku melonjak gembira bakal meninggalkan tempat ini tetapi luaranku hanya air mata yang tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. Perasaan takut mula menghantui diri. Tiba-tiba aku dipanggil seseorang. Kakak!

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student