Ada Sebab

Ada sebab kenapa seseorang memilih untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan. Kadang kala berlaku situasi friendzone dimana memerlukan "menjarakkan persahabatan". Memang kadang-kadang cukup menyakitkan bagi pihak yang suka, tapi biasalah ada sebabnya. Aku tak terkecuali melakukan hal hal sedemikian dan turut diperlakukan sebegitu. Mungkin tak semua perkara boleh dishare, tapi suatu hari nanti kalau aku buka kembali post aku ini, aku mungkin akan kata 

'Eee, apehal bodoh sangat suraiya ni menghebahkan 
perkara macam ni? Betul ke ini suraiya yang berumur 22 tahun?'

'Ayang, please delete blog awak tu, abang tengok macam 
kanak kanak riang. Semua benda nak cerita'

Maka aku akan merajuk dengan laki aku terus. Percayalah dia akan tidur luar. hahahahaha 


Imaginasi tinggi betul..


Tapi aku tetap akan share apa yang aku rasa ketika ini, sebab bila time mood menulis datang, ayat aku masterpiece made by suraiya jadi, bacalah kawan-kawan, bakal suami saya sekian sekian.. hahahaha. Aku lanjutkan dengan perbincangan yang benaran yaa.. Aku punyai impian, impian untuk mengenali dan bercinta dengan orang yang aku nak, tapi pernah dengar tak orang kata, lebih baik dicintai dari mencintai. Namun persoalannya, siapakah yang akan mencintai sepenuh hati sekiranya semua orang mahu dicintai? Jom kita bahaskan yee. *abang kalau baca suatu hari nanti, maafkanlah isteri mu yang super duper annoying ni yee.

'Takkan takde siapa kot dekat u yang berkenan?'

'Memilih sangat ni'

Tepuk dahi sikit, boleh diam kan? Kalau dekat universiti ni boleh jumpa jodoh, dah lama jumpa tapi masalahnya bukan jodoh aku, jodoh kawan sebelah ke, jodoh sesiapalah tapi bukan akulah semestinya. Aku ada rahsia, aku minat seorang budak ni dari Lendu lagi, dan dia pun dapat Palam jugak which is best lah kan. Jadi kelmarin ada event dekat padang kawad, sekali dia ada jugak, dia minat futsal pakai baju jersy 46 hahahaha... Biasalah bila kita suka seseorang, percentage untuk dia suka balik  negative lah kot. Sebab fakulti berbeza, dan jauh. Maka peluang untuk selalu nampak dia agak tipis. Namun adalah kadang kadang terserempak dia bawa motor pakai backpack hahaha. Dia pun follow aku dekat twitter. Tapi sebenarnya dia hanyalah crush aku je.. jauh dari orang yang aku mahukan sebenarnya.

Mungkin tak semua orang bernasib baik dalam meluahkan perasaan, ada yang akan menolak dan ada yang akan menerima. Bagi menerima, maka bolehlah tersenyum simpul di atas pelamin, maka menolak kita bertukar kad jemputan kahwin nanti. Tapi persoalannya berani kah untuk mencuba? Aku selalu tanya diri aku sendiri, berani atau tak? Berdepan dengan kenyataan atau stay safe untuk elakkan dari berkata apa-apa. Aku tahu sekarang bukan zaman blog lagi, zaman blog tu berlalu dah lama. Tapi aku cuba, cuba untuk bagitahu apa perasaan aku pada seseorang yang aku tunggu.

'Tak baik untuk menggantungkan perasaan orang pada kau. Aku sendiri tak kenal kau dengan lebih betul, kita berjumpa setakat 2-3 kali itupun hanyalah untuk lepak bersama kawan-kawan. Kau rasa apa bila seseorang sanggup all the way jauh dari tempat dia datang untuk jumpa kau? Apa perasaan bila banyak kali tipu diri sendiri kata kau suka tapi sebenarnya kau permainkan banyak perasaan boleh tolong kira banyak kali orang sedih sebab kau? '

'Mungkin aku maafkan kau sebab yelah, tiada dendam mahupun sakit hati berlaku. Tapi biasalah emo tu bukan berlangsung dalam sehari. Dia banyak perkara jadi isu. Persoalannya kau takut untuk memulakan semula? Tak lah sebenarnya kau takut dengan diri sendiri. Kau takut bila orang tahu siapa kau sebenarnya orang akan tinggalkan kau. Taklah weh, jujur cakap aku tak kisah hal kau masa dulu. seberapa teruk pun kau dulu, as long kau berubah masa kini dan untuk masa depan. Maka kau ialah sekarang, masa dulu ialah pengajaran kan? We learn from past right?'

Jadi aku berfikir banyak kali, ada sebab kenapa aku disini masih sendiri. Orang yang aku tunggu mungkin sedang bersama aku untuk berdoa agar dipertemukan suatu hari nanti. Iaitu abang lah! 

Okey fine, abang jangan gelabah tok sah gelabah. Abang lagi gelabah masa nak menikah kan? Hahahaha *okey itu over suuu . 

Sebenarnya (ceh banyak kali sebenarnya ni) aku mimpi kau 3 hari berturut-turut, dari jumpa kau balik sampailah sebelum sah. Habit aku bila bosan aku suka berangan sampai masuk dalam mimpi. Jadi ada sebab aku tak perlukan sebarang relationship. Untuk stay safe, aku enjoy moment aku dengan kawan-kawan aku. 

'Dengar dengar, anak sulung dengan anak bongsu pasangan yang serasi?'

Sekian imaginasi aku tamat disini, tapi kalau orang yang tepat membacanya, please never ignore aku!

Gambar diambil oleh Boat

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student