Random

Aku belum lagi buat welcoming post for semester 5, satu lagi semester berbaki sebelum graduate. 


Tadi dalam class statistic, aku tenung lecturer aku, educator yang tak pernah jemu beri ilmu yang berguna, jadikan aku insan yang berguna suatu hari nanti supaya tak bodoh ditipu. Aku pandang banyak kali, aku akan rindu suasana belajar, kenangan dia terlalu mahal. Suatu hari nanti, aku akan berada di kawasan perniagaan ilmu yang penuh dimerata tempat sehinggakan aku perlu memilih mana satu yang bermanfaat dan mana satu yang hanya membawa kepada sia-sia.

Aku akan rindu keriuhan class aku terutama geng "So Yeah" aku dan semua perkara yang baik jahat bersama diorang semua. Tak sangka dari aku merengek tak nak sambung *ktipu! aku suka sambung belajar eh! sampailah aku sekarang di semester 5. Banyak perkara yang aku pelajari, and so yeah! aku bersyukur. Allah berikan jalan untuk aku untuk berbakti suatu hari untuk bakal anak anak kita kan abang? hahahhaha!!!

Aku langsung tak rindukan zaman aku bercinta semua, *tapi kadang-kadang mungkin ... Bila difikirkan balik, aku tak rasa umur 25 tahun aku akan kahwin, mungkin 30 kot. Jodoh susah nak jumpa, atau mungkin belum masanya lagi. Aku bersyukur masa belajar, aku hanya untuk belajar dan menyimpan memori bersama kawan kawan aku. Aku tak perlu membazir masa untuk sedih, gaduh dengan boyfriend, oncall which is ganggu tidur aku... hahahha marah marah!

Anyway, welcome to semester 5 dearself, for sure semester yang lebih mencabar fizikal dan mental. Jangan menyerah sebelum dapat result okey! Walaupun semester lepas agak kecundang teruk macam tak belajar, macam tak masuk class. Tapi aku bersyukur, bukan nak kata aku selesa. Tapi entahlah, padan muka suraiya ape hal malas nak belajar sangat ni!

Walaupuan ini minggu ke 4, tapi hmmm kerja banyak dah! Minggu ini sahaja, tidur cukup, tapi every night full of task.. Doakan aku berjaya menempuhi berbaki 10 minggu lagi. Doakan kawan-kawan aku semua dapat graduate sama-sama. 


Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student