Cambodia Trip
Setelah 2 minggu kemudian, barulah Suraiya ada kesedaran untuk membuka cerita pengalaman pertama berada di negara orang. Sesungguhnya melihat negara orang membuka mata aku sendiri betapa kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki. Walaupun kadang kala kita mengeluh kita nak itu ini tak dapat, tapi Ya Allah bersyukur dapat update blog kannn... say cheesee...get ready, this post might be longggggg
Macam mana nak start eh? Kita mulakan dengan dugaan demi dugaan Team Transport iaitu team aku sendiri. Alkisahnya seminggu sebelum nak pergi, aku jalankan tugas untuk check in tiket, senang keluar boarding pass so nanti dekat airport check in. Tiba tiba eh! Apa pasal tarikh 24 April instead of 26 April, masa tu like jantung ni berdetak kencang seperti mau perang katakau. Setelah pum pang pung pang turun KL dua kali settlekan dengan travel agent mengenai masalah ini. Alhamdulillah, hari Isnin tu dapat tiket sebetulnya 26 April ye, Alhamdulillah, flight kita ada. So jalan jelah. Pada 25 April tu suddenly pihak bas UiTM maklumkan bas kami pukul 10 malam hari 26 April padahal kami flight pukul 6.45 pagi 26 April. Again, team transport bergegas ke unit transport untuk settlekan.Ya Allah, thank you again. Semuanya smooth dengan helok. Lepas tu, kami melawat mak kawan aku (baru meninggal 2 minggu lepas) dekat hospital. I know ana kuat and she's can through this time dengan kuat. Semua orang sayang Ana okey!
Selepas melawat, aku balik nak uruskan check in. Semua nak kene susun untuk memudahkan urusan pihak penerbangan. Gigih kau su!! Kendian kemas barang itu ini, sebenarnya nak tidur, tapi tak boleh *maybe excited kot. Dalam pukul 9.15 malam, aku gerak ke busstop.
Sekitar jam 12 malam, sampai je KLIA2 check kaunter berapa semua. So beredarlah masing masing ke tempat yang mahu dituju. Sumpah tatkala ini, aku teringat masa diploma dulu macam nilah kami sampai KLIA2. Ini kali pertama aku dapat pengalaman untuk group booking check in. So far okey dengan bantuan classmates yang semua membantu kami. Dalam pukul 5 pagi, selesai beg semua kami gerak ke imigresen and kastam and segala bapak stop. Lama jugak eh nak melepasi semua ni, bersyukur flight pagi ni kalau kita cepat, maka mudahlah sampai masuk flight.
Hari pertama - 26 April 2018
Aku simpulkan tempat ni seronok sebab kau dapat lihat sendiri pembuatan silk tu dari dia lahir sampailah menjadi benang yang sangat mahal dan berguna. Aku tak take port sangat masa ni disebabkan kepenatan dari malam tadi berjaga. So dalam kepala otak aku hanyalah katil katil dan katil
Sekitar jam 12 malam, sampai je KLIA2 check kaunter berapa semua. So beredarlah masing masing ke tempat yang mahu dituju. Sumpah tatkala ini, aku teringat masa diploma dulu macam nilah kami sampai KLIA2. Ini kali pertama aku dapat pengalaman untuk group booking check in. So far okey dengan bantuan classmates yang semua membantu kami. Dalam pukul 5 pagi, selesai beg semua kami gerak ke imigresen and kastam and segala bapak stop. Lama jugak eh nak melepasi semua ni, bersyukur flight pagi ni kalau kita cepat, maka mudahlah sampai masuk flight.
Hari pertama - 26 April 2018
Sis mamai lagi masa ni... |
Angkor Silk Farm
![]() |
Complex giler kan pembuatan Cambodia Silk ni. |
Kita pun dapat belajar cara pembuatan patung-patung Buddha which is best sebab kemahiran ni amat unik kan. |
So after ke Slik Farm tu, ape lagi check in awal kot. Pukul 1 dah masuk hotel supposedly masuk pukul 5 ptg. Hahahaha. Aku rasa bukan aku je yang berjalan laju bahkan semua nak cepat settle sebab dah kepenatan. So sampai hotel, apa lagi bantai tidur sampai petang. Dalam pukul 6 ptg tu gerak untuk ke Restoran Muslim. Dan bergerak ke Cambodia Circus. Persembahan dia memang terbaik, kalau korang datang ke Cambodia, inilah yang terbaik and in trend sebab bagi aku yang duduk Malaysia, mana ada circus sangat. Eh lupa, kawan sendiri pun macam tengok circus dah. Tapi sangat menarik and aku rasa sayang nak pegang phone sebab moment dia aku nak feel setiap saat tu. Tambahan lagi abang dia semua helok helok woi. K itu sahaja. *tidur lena
Hari Kedua - 27 April 2018
Salah satu itinerary wajib dalam trip ini ialah lawatan ke universiti. Dengan berjalan memakai baju batik, membawa identiti Malaysia ke sini ialah suatu perkara yang membanggakan. Tidak aku sangka impian untuk berbaju batik di negara orang telah menjadi kenyataan dengan bantuan semua pihak. Pelajar disini semuanya baik baik belaka. Bahkan kami buat visit setiap class, mereka mengalu-alukan kedatangan kami dengan baik sekali. Dari awal sehingga habis, senyuman itu tidak lekang. Dari pihak kami, ada dua persembahan iaitu Boria dengan Fesyen Show. Selesai di USEA, kami bergerak untuk lunch dan ke Cambodian Cultural Village.
Day 2 berakhir dengan sempurna. Aku takde sebarang complaint kecuali akan diri aku sendirilah. Tapi so far bagi aku semua berjalan lancar. Takde masalah. So lepas ke sini, terus balik. Apa lagi balik hotel then memang lepak ah. Malamnya, kitorang ke Night Market untuk usha barang murah. So malam tu aku berjaya beli beg. Bolehlah, aku habis tawar plus belajar menawar harga heheheheh. Satu benda yang korang perlu cuba ialah air buah yang merata-rata tepi jalan. Sedap wehh, 1 USD je. Melegakan dengan cuaca yang panas. So settle hari ni.
Hari ketiga - 28 April 2018
Tasik Tonle Sap - Floating Village
Pengajaran yang bermakna untuk hari ini ialah bersyukur. Sebanyak mana pun kita ada bersyukur. Ada phone yang lembab mana pun bersyukur. Kerana bila kita bersyukur Allah akan tambah lagi. Saat aku turun je tiba di kawasan ini, sayu weh. Baju diorang buruk, tapi tulah Alhamdulillah, Islam sampai ke sini membimbing mereka lebih baik. Walaupun rambut kau terkeluar dik, tapi akak bangga sebab kau masih bertudung. Betapa ramai umat Islam atas IC yang masih tak bersyukur dilahirkan nikmat sebagai orang Islam. Aku harap dengan apa yang kami buat dekat sini sedikit sebanyak membantu mereka bahawasanya, masih ramai orang prihatin akan kemaslahatan mereka. Sabar dik, dijanjikan syurga untuk orang bersabar.
singgah sebentar di orked kemboja. Saujana mata memandang. Ini kalau honeymoon, spend tengok view pun dah sweet. |
Hari keempat - 29 April 2018
Misi menakhluki 7 keajaiban dunia iaitu Angkot Wat. Aku fikirkan ianya hanyalah sebuah temple, tapi ialah 3 jenis temple yang berbeza. Menurut tour guide kami, tourist ramai masuk dari depan. So dia buat langkah bijak untuk masuk dari belakang. Kawasan dia tersangatlah besar, nak ke satu satu temple tu perlukan kami untuk bergerak naiki bas. Dengan harga lebih kurang RM160 sehari, wuishh, tapi sedikit pun tidak disumbangkan untuk penduduk Kemboja. Dekat situ, ada ketirisan dalam pengurusan. Aku tak boleh nak hujahkan disebabkan ilmu aku sendiri takat situ je. So far aku amazed dengan bangunan ni, macam mana orang dulu boleh bina bangunan macam ni, sama juga macam bila kita lihat piramid kan. So gambar aku dekat atas ni berlatar belakang simbol ikonik Angkor Wat, sebenarnya kawasan tu akan menjadi tasik bila musim hujan, dan ketika pagi matahari terbit, ia akan memancarkan pandangan yang terbaik yang semua photographer akan berada disitu seawal yang boleh. Jadi aku tak boleh nak tunjukkan gambar tu, sebab kau tengoklah air dia, segan nak tunjuk.
So selepas selesai menakluki tempat ini, kami pulang ke hotel. Tak larat nak berjalan lagi, penat woooo. Nasib baik tak pancit. Sebenarnya satu je benda yang boleh sebabkan aku akan terus berjalan, iaitu another attraction yang menarik yang aku nak tahu. Masa tu, haih, yang belakang memang jauh ah kene tinggal. Tapi part naik je katil terus lelap. Done.
Malam terakhir tu, kami shopping. Habiskan duit yang ada. Hahahaha, beli tshirt ke ape ape yang aku rasa perlu. end up, baju sendiri tak beli. tapi tak kisah pun sebab yang penting family, kedua yang tersayang (kalau ada) ketiga kawan kawan keempat diri sendiri. Okey fine.
Hari terakhir - 30 April 2018
Segala yang berlaku akan tiba ke penghujungnya. Pagi tu memang rasa sedih sebab tinggalkan sebuah negara yang dahulunya ditindas dan sekarang sedang membina negara mereka. Kalau dilihat ditepi jalan, masing masing berlumba untuk berniaga untuk sesuap nasi. Kau dekat sini membazir tak nak makan, ape ni, nikmat yang korang dustakan. So untuk tidak menambahkanlah perasaan aku yang penat menaip pukul 4 pagi ni, so aku nak sudahi dengan gambar hari terakhir. Aku harap suatu hari nanti aku akan kembali ke negara ini. Melihat pembangunan yang semakin hari semakin baik.