FinalDegree

Aku berusaha untuk melengkapkan semua post post yang tergendala akibat sikap aku yang suka menangguh-nangguh ni. Ini merupakan post wajib setiap semester jadi aku rasa ianya merupakan kewajipan untuk aku bagitahu kan pasal semester baru ni. So jomlah kita singkap balik memandangkan aku hanya ada satu minggu untuk habis belajar lepas tu exam, lepas tu bye degree. Aku akan rindu kenangan pahit manis jatuh bangun di Puncak Alam
Of course benda yang aku rasa worth it last semester ialah Anugerah Dekan dengan berjaya naikkan pointer aku yang tak cecah 3 tu kepada biarlah rahsia.

Lepas tu, untuk semester ini aku ambil 6 subjek, Islamic, Marketing, Sustainable, Strategic, Human Resources & Thesis. Untuk kali ini, merupakan semester paling sikit masuk final iaitu 4 subjek sahaja dari 6. Banggalah, biasanya 6-7 paper tak lari tu. 


Aktiviti wajib setiap semester ialah naik bukit, walaupun aku sebenarnya Ya Rabbi bukan rajin mana pun, tapi ini satu pencapaian untuk aku kan. Angguk sikit! So aku harap laki aku nanti seorang yang tegas dan mampu mendisplinkan aku dalam semua aspek. 

And secara konklusinya aku berpendapat bahawa semester ni berlalu dengan cepat woi, aku tak sedar yang aku akan habis tak lama lagi. And aku bangga dengan diri aku mampu untuk siapkan semua assignment walaupun perangai malas tu meronta-ronta. Aku akan aim setiap hari aku perlu siapkan sesuatu. And even sekarang pun rasa nak tepuk bahu pasai masa dekat rumah Ya Allah rajin nya suraiya ni walaupun suka tidur. 

Doakan aku rajin sebegini untuk final ni

Untuk semester ni, assignment luar tak banyak kecuali trip luar negara (aku prepare dah 1 post tentang Cambodia) dengan segala benda yang aku join this semester.


*jap aku tengah ingat perjalanan hidup aku semester ni

Oh, aku decorate bilik aku kali ni devavoom sebab nak dapatkan aura last semester.
Tapi boleh dibilang berapa kali aku buka lampu ni akibat kesibukan kerja
Syuhaida melayan jelah perangai aku yang entah apa apa nak decorate bilik ni padahal dekat rumah aku kalau boleh minimalis giler, nak ada katil dengan almari je. Somehow aku rasa aku perlu ubah bilik dekat rumah aku lebih cerita. Tapi takde idea lagi. Nantilah aku fikirkan. 



Aku pesan dekat Syu dengan Fana " Weh, aku nak main badminton ni. So niat utama aku untuk jumpa jodoh." Hmm kesudahnya aku malas nak bagitahu. Aku gagal tapi aku dapat bersukan dengan gembira dan balik dengan bau yang busuk. hahahaha *itupun nak bagitahu eh


Aku rasa cukuplah disini sahaja perjalanan degree aku. Untuk soal ke peringkat seterusnya mungkin aku akan pertimbangkan bila aku sudah punyai keyakinan yang cukup. Maksud aku kalau aku berminat untuk sambung belajar then nantilah aku fikirkan. Okey bye... larik untuk post seterusnya...





Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student