Everything Okey


Sepatutnya aku tidur bukan stay up malam malam sambil dengar lagu ke ape. Study memang kelaut. Jadi aku rasa mungkin aku ada idea untuk posting sesuatu dalam blog sendiri. Kena fahamlah, aku rajin bila bab menulis tapi membaca mengingat menghafal memang kalau boleh nak redho je masuk dewan exam tu. Ktipu, sebenarnya saya gelabah ye awak semua. Saya bukan gifted. Saya sejenis manusia yang suka buka buku awal tapi spend time on cantikkan my notes. RIP to my dream nak gi library untuk study. Kejadahnya tidur setiap hari pukul 5-7 pagi, kau fikirlah bila aku bangun ek. 

So sekarang berbaki lagi 2 minggu tepat sebelum aku mengucapkan selamat tinggal pada alam belajar. Sungguh perit pahit manis semua, membuatkan aku sendiri tak sabar untuk habiskan semuanya. Tapi memori manis belaka aku akan bawa sehingga ke anak cucu aku. I will tell them how funny am i bila dengan my circle. Betapa annoying your mom and whatsoever. Demm, appreciation post later eh. Mana boleh menangis dekat sini. 

Since awal masuk semester 6 ni, aku sendiri siapkan resume aku awal. Tujuannya untuk aku submit dalam jobstreet. Hasilnya sehingga kini, ada 2 call untuk interview tapi aku memikirkan aku sendiri takde transport nak ke sana. Ada yang hari ni call, esok suruh datang interview. Memang terpaksa tolak. Tapi rezeki Allah luas kan. So takpe, kita usaha sebaik mungkin yee...

Setiap malam sebelum tidur, makin banyak benda bermain di fikiran aku. Jadi untuk tak nak berfikir maka aku tidur lambat. Supaya aku tak mimpi bukan bukan, tidur siang buatkan aku tak mimpi sangat. Antara perkara yang aku selalu fikir ialah apa yang aku nak buat bila habis belajar ni? Berniaga atau bekerja? Siapa jodoh aku? Cepat atau lambat? Planning long term aku? Kumpul asset ataupun menabung?

Then slow slow mata aku tertutup seperti minda aku. Itulah otak pun pandai tukar topik kan....

So untuk sebulan  lebih dari sekarang, aku travel ke Jogja sama teman teman ku. Alhamdulillah, semua benda dah settle tinggal buat payment then fly lerr.. Tak sabar weh, sungguh. Tapi ada satu lagi kejutan...

Umi nak bawa aku pergi bercuti dekat Langkawi....

Untuk aku yang pertama kali nak ke sana tu, kinda excited. Thank you ummi for this gift. One day kita travel luar negara okey. Doakan suraiya dapat kerja yang bagus bagus dan gaji yang tinggi, paling penting murah rezeki nak bahagiakan family sendiri. 

Paling penting, semuanya akan okey. Allah akan bantu seiring dengan usaha kita. 

Berhenti untuk bercakap tentang keburukan orang, kita mula scan buruk diri kita dahulu. Sekian...



Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student