Kahwin


Tahu apa yang terbaik? Kita lupakan apa yang pernah kita lalui. Anggap sahaja ini suatu ujian dalam hidup untuk kita bertemu dengan lebih baik’



Kali ini biar aku bicarakan sebuah tajuk yang berat untuk aku kupaskan. Perhatian ye, segala yang aku akan cakap ini ialah berdasarkan pengetahuan aku dan apa yang aku perhatikan selama ni disebabkan aku sejenis kanak kanak yang suka sangat masuk bilik pengantin dulu-dulu. So aku jenis minat nak tengok..

Ada perbualan antara aku dengan ummi….

‘Cikgu Lily tu tanya umi tadi, Suraiya ni takde sesiapa ke? Abang ni tak reti nak mengurat. Mana tahu boleh jadi besan ke’

Apa reaksi aku eh? Of course aku sendiri terkejut sebab family aku tak discuss topik macam ni. Mungkin sebab factor umur dan aku sendiri dah masuk era isu pasal kahwin ni. Jadi aku beranikan diri cerita, sebab aku kalau boleh biarlah jadi pengajaran pada orang. Bagi korang apa pendapat tentang benda ni? Kalau jadi aku, korang suka atau tidak tiba tiba dirisik orang?

Untuk yang tahap redha tapi masih mencari seperti aku, aku berminat untuk kenal siapa dia. Aku suka untuk berkenal-kenalan, walaupun potensi akan datang kita tak tahu kan. Tapi mencuba pun salah satu perkara yang kita perlu buat, which is proses mengenal itu sendiri take time. Aku tak salahkan sesiapa sebab ia menyangkut paut soal perasaan. Jadi tak salah untuk aku utarakan pendapat sendiri.

Dan tahu apa yang berlaku pada aku selepas itu, tiba tiba ada suatu suara berkata dekat aku

“ Suraiya, ini bukan masanya untuk kau main-main dah. Sekarang focus planning dan strategy untuk 5 tahun akan datang apa yang akan berlaku”.

Serius weh, start saat tu aku fikir apa yang aku perlu buat lepas habis degree. Walaupun aku suka fikir, tapi kali ini benda jadi semakin serius. Tak kisahlah sesiapa pun, kalau korang sedang bercinta ke, takkan tak terlintas untuk ke arah halal kan perhubungan tu kan? Serta merta terasa beban terjatuh atas bahu. Mahu atau tidak aku perlu usaha untuk laksanakan.

Entah kenapa , sedari peristiwa itu. Aku mula berazam untuk menjadi orang yang lebih baik. Aku mula memperbanyakkan bacaan, andai kata diri ini masih kurang pengetahuannya soal kahwin. Bukan nak kata aku menggatal atau tidak, sebab selama ni aku sendiri terlampau asyik dengan kehidupan semasa. Tapi kesedaran untuk aku tu adalah jugak. Aku pun tengah apply kerja macam-macam. So target aku sendiri bulan September ni, aku akan dapat kerja.

Memang kahwin bukan focus utama aku, kalau diikutkan keinginan menuntut ilmu tu lebih tinggi sebab masa ni je kita dapat belajar bermacam benda. Masuk alam pekerjaan nanti, hadaplah realiti yang kita sendiri belum dapat bayangkan.

Berbalik pada kisah kahwin ni, aku sempat berbual dengan kawan-kawan aku which is diorang ada adik beradik yang dah kahwin sedikit sebanyak aku dapat belajar sesuatu. Kerana bukan ke belajar itu tidaklah terhad di dalam kelas sahaja. Jadi berdasarkan apa yang mereka kata, kahwin sahaja bukanlah semudah petik jari macam kau tengok dalam drama, hari ni decide nak kahwin hujung bulan. Melainkan kau seorang anak raja ke, hmmm consider ah. Tapi aku tahu dari situ, berapa kos yang perlu dikeluarkan which is kadang kadang jumlah dia insane. Siapa je yang tak majlis meriah. Benda tu paling bahagia. Tapi berhati-hati lah dalam spending.

And jangan risau, aku akan kahwin dengan lelaki yang mak ayah aku suka, aku kan nak bercinta lepas nikah palehotak mung. Hahahhaha, aku tak kisah. Asalkan dia jaga kata-kata, boleh jaga aku, hidup susah sama-sama and the list go on.
Sekian , update serius Suraiya kali ini.

*Doakan aku bertemu jodoh dengan seseorang yang sedang saling mencari di dalam doa, tak pernah putus asa untuk menjadi terbaik.

If you read this one day, percayalah. This is me. Your someone special, as long kita kuat bersama, kita boleh tempuhi hidup ni bersama-sama, saling perbetulkan kesilapan masing masing. And ingat, saling mendoakan antara satu sama lain. 

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student