Posts

Showing posts from November, 2018

Kota Romantis

Image
Tarikh: 6-10.Ogos.2018 Kembali lagi aku ke sini untuk curahkan sedikit sebanyak pengalaman sepanjang 5H4M di Jogjakarta, Indonesia. Walaupun sudah lebih 2 minggu rasanya (hakikatnya nak siapkan lebih 3 bulan duk tangguh), tapi pengalaman manis semua tu kekal dalam ingatan aku. Jadi sebelum aku cecah 50 an, baik aku simpan memori ni dalam blog supaya nanti aku terkekek ketawa dengan cucu aku, opah ni kelako rupanya.  Okey, berhenti berangan. Masa sudah berubah.  Aku mulakan cadangan travel after degree ni saat kitorang dalam semester 5 rasanya, bulan November tahun lepas, masa tu tengah serabut discuss assignment, dan ketika itu kitorang godek godek Air Asia sebab tengah sale, sekali engkau... huhhh murah kot. Tapi masa ni dah takde duit. Cuba teka guna duit ape? hahaha duit trip. (tapi kitorang bayar balik eh). Kemudian Allah pilih untuk pergi ke negara seberang iaitu Indonesia dengan tiket berharga dalam RM 130 (campur luggage 20kg + 25kg). Plan dia kejap je, s...

Selepas Habis Belajar (UiTM)

Image
Disebabkan kesinambungan preparation masa nak masuk universiti maghen. Jadi aku titipkan satu lagi posting tentang apa pula yang kita perlu lakukan bila tamat pengajian. Jadi untuk menambahkan kesedihan. Result semester akhir aku masih tergantung sepi, tapi aku percaya aku lulus. Kihkihkih. Hidup mesti yakin sehingga habis ye anak anak sekalian.  1. Siapkan resume Mungkin ini antara perkara yang perlu disiapkan awal awal ye, terutama apabila kita masuk je semester akhir, maka siapkan resume ye. Sebenarnya Cik Suraiya pun siapkan resume awal awal, cuma sikap acuh tak acuh menyebabkan Suraiya tak bersungguh sungguh kot?  2. Selesaikan hutang pengajian & PTPTN Ini penting ye anak anak, jangan jadi macam Cik Suraiya. Selain itu, untuk peminjam ptptn seperti aku, siap sedia untuk kemaskini hutang pengajian,make sure guna sistem ujrah. Lepas tu diingatkan untuk mula membayar, persetankan gaji RM4000 baru nak bayar, sebab kau rase umur 30an baru start nak bayar meman...

Good Things Take Time

Image
Hampir 4 bulan tempoh menganggur bukan suatu perkara yang mudah. Alhamdulillah untuk kawan kawan aku yang sudahpun masuk bekerja seawal bulan Ogos lagi. Masing-masing mempunyai jalan dan kisah berbeza yang bagi aku aturan Allah SWT itu indah. Maka bersyukurlah kita masih dapat bangun, bernafas, melakukan ibadah sebagai hambaNya.  Seawal bulan pertama, jika aku ditanya soal kerja, jawapan aku mudah je  "Belum ada rezeki lagi"  Doa sudah, usaha sudah maka yang tinggal hanyalah ikhtiar dan tawakal. Setiap minggu aku akan habiskan at least 2-3 hari untuk update permohonan kerja. Rasa semangat tu ada, sambil doa banyak banyak, moga dibukakan hati untuk dia panggil untuk interview.  Namun beberapa hari yang sudah ni, aku rasakan sedikit emosi. Setiap malam aku sendiri kerap tidur lambat. Sama je kalau aku baring, at least 1 jam kemudian baru aku boleh lelap. Kepala aku sakit, semua benda masa nak tidur ni melilit otak aku. Memerah segala idea untuk aku berfi...