Kota Romantis
Tarikh: 6-10.Ogos.2018
Kembali lagi aku ke sini untuk curahkan sedikit sebanyak pengalaman sepanjang 5H4M di Jogjakarta, Indonesia. Walaupun sudah lebih 2 minggu rasanya (hakikatnya nak siapkan lebih 3 bulan duk tangguh), tapi pengalaman manis semua tu kekal dalam ingatan aku. Jadi sebelum aku cecah 50 an, baik aku simpan memori ni dalam blog supaya nanti aku terkekek ketawa dengan cucu aku, opah ni kelako rupanya.
Kembali lagi aku ke sini untuk curahkan sedikit sebanyak pengalaman sepanjang 5H4M di Jogjakarta, Indonesia. Walaupun sudah lebih 2 minggu rasanya (hakikatnya nak siapkan lebih 3 bulan duk tangguh), tapi pengalaman manis semua tu kekal dalam ingatan aku. Jadi sebelum aku cecah 50 an, baik aku simpan memori ni dalam blog supaya nanti aku terkekek ketawa dengan cucu aku, opah ni kelako rupanya.
Okey, berhenti berangan. Masa sudah berubah.
Aku mulakan cadangan travel after degree ni saat kitorang dalam semester 5 rasanya, bulan November tahun lepas, masa tu tengah serabut discuss assignment, dan ketika itu kitorang godek godek Air Asia sebab tengah sale, sekali engkau... huhhh murah kot. Tapi masa ni dah takde duit. Cuba teka guna duit ape? hahaha duit trip. (tapi kitorang bayar balik eh). Kemudian Allah pilih untuk pergi ke negara seberang iaitu Indonesia dengan tiket berharga dalam RM 130 (campur luggage 20kg + 25kg).
Plan dia kejap je, sebab kitorang busy final year. So takde masa nak discuss sebab banyak masa untuk bersembang hokeyy. Mak mak camnilah.. So after that, lagi seminggu nak cuti aka habis semester 6 ni, baru plan acaner. Package dengan hotel semua dah settle, kecuali ada sedikit perkara berubah saat akhir. Thank you korang yang sangat membantu.
Day 1
Flight pukul 1035 pagi, perjalanan dalam 3 jam, tapi disebabkan apetah, flight pusing pusing dekat 5 kali juga lah.. so touch down waktu sana pukul 1200. Isi perut semua, kami mulakan perjalanan untuk hari pertama.
Flight pukul 1035 pagi, perjalanan dalam 3 jam, tapi disebabkan apetah, flight pusing pusing dekat 5 kali juga lah.. so touch down waktu sana pukul 1200. Isi perut semua, kami mulakan perjalanan untuk hari pertama.
Candi Plaosan
Tebing Breksi Prambanan
Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa dalam 1- 2 jam, jadi boleh faham faham lah apa kitorang buat dalam kereta. Asal naik kereta je, automatik tertidur. So selesai 2 tempat ni, kami bergerak ke hotel. Ahh sudah aku lupa nama hotel. Esoknya kami bersiap awal iaitu pukul 5 pagi untuk ke Jurang Tembelan.
Day 2
Jurang Tembelan Kanigoro
Rumah Hobbit
Hutan Pinus
Pintu Langit, Bantul
Lintang Sewu
Bukit Pengger
Pantai Timang
Seawal 4 pagi bertolak ke kawasan Jurang Tembelan. Perjalanan seawal itu untuk merasai pengalaman berada diatas awan. Beneran cantik sungguh pemandangan atas awan. Masa ni sepuas puasnya boleh melihat kejadian alam yang cantik dan sungguh teratur. Hirup udara yang bersih disamping angin sejuk. Ya Rabbi, seronok sangat alhamdulillah. Hari ni banyak perhentian. Yang menariknya kawasan pelancongan di Jogja ini sendiri dikhaskan untuk insan insan yang suka bergambar. Kreatif benaran mereka buat pelbagai kawasan yang aku rasa setiap sudut harus bergambar. Tetapi yang kurangnya dari sudut keselamatan. Jangan risau semuanya kukuh, cuma hati hati ya kalian
Tapi kitorang ni laju betul, sebab nak ke destinasi yang terakhir, iaitu Pantai Timang. Such a magnificent view yang aku sendiri tak dapat ungkapkan. Sebelum tu, order makanan dekat Warung Pak Sis, meneruskan perjalanan naik jeep. Memang sakit bontot aku dengan jalan dia. Setibanya di Pantai Timang, okey penat hilang. So we alls naik jambatan ke pulau seberang. Bersyukurlah tak basah .. ehh.. basah jugak sebab kene tibai dengan air ombak ketika pak indon tu ambil gambar aku. Hahahaha
Day 3
Merapi Mount
Borobudur
Gereja Ayam
Hari ketiga, kami lanjutin untuk ke suatu tempat yang aku rasa meinsafkan diri sendiri betapa Allah boleh melenyapkan sesuatu dengan kalimah "Kun Fa Ya Kun". Berada di Gunung Merapi dengan menaiki Jeep. Sebelum tiba ke titik paling dekat iaitu 4km dari Gunung Merapi, kami dibawa ke kawasan perumahan yang terkesan akibat letusan gunung berapi pada tahun 2010. Sayu sangat terbayang macam mana kawasan itu.
Selepas tu, we alls melawat ke Candi Borobudur. I think this year, aku melawat tapak warisan sejarah je which is seronok sebab selama ni tengok dekat buku je. Like this time, aku dapat pergi sendiri. Dan yang terakhir, Gereja Ayam. Tempat ni merupakan tempat shooting AADC 2, tapi tulah. Selagi Rangga aku tidak muncul, maka tempatnya hanyalah suatu tempat yang biasa. Cehhh, sayang, someday kita visit eh. Eh? Paris ke? Okey! Cancel Rangga!
Day 4
Kalibiru
Parangtritis beach (Gambar hilang)
Gumuk pasir
Malioboro street shoping (Masakan shopping mau bergambar? Tak sempat bukkk)
Kalibiru Wisata Alam ini terkenal dengan gambar gambar yang menarik. Pelbagai trick bergambar tapi sediakan duit ye, harga dalam 20,000-60,000 seorang. Gambar pun dapat seorang 4 keping soft copy yee. Jadi selesai semuanya bergambar. Beredar ke Pantai Parangtritis, masa ni semua penat sebab tak makan lepas tu berkejar nak habiskan tempat lawatan. Jadi gambar kat sana pun tak banyak. Lagipun cuma pantai biasa, tapi ombak dia mang ai tinggi..lepas tu ke Gumuk Pasir (aku sebenarnya lupa kenapa akub boleh sampai ke sini nak dekat malam tapi apa aku buat seharian eh?)
Okey, dah ingat! Kitorang hantar Kak Arma ke airport jadi spend time sekejap dekat Malioboro Street, memang sempat membeli weh. Jadi hari ni memang habiskan duit. Jadi Suraiya sempat tukar duit lagi. Hahahahah.. habis duit Malaysia aku.. Selesai dekat Gumuk Pasir, Pak Supir tu drop dekat Malioboro lagi. Memang sampai ke malam lah.
Day 5
Last day, balik Malaysia. Alhamdulillah, safely arrived.
Sekian...