Good Things Take Time
Hampir 4 bulan tempoh menganggur bukan suatu perkara yang mudah. Alhamdulillah untuk kawan kawan aku yang sudahpun masuk bekerja seawal bulan Ogos lagi. Masing-masing mempunyai jalan dan kisah berbeza yang bagi aku aturan Allah SWT itu indah. Maka bersyukurlah kita masih dapat bangun, bernafas, melakukan ibadah sebagai hambaNya.
Seawal bulan pertama, jika aku ditanya soal kerja, jawapan aku mudah je
"Belum ada rezeki lagi"
Doa sudah, usaha sudah maka yang tinggal hanyalah ikhtiar dan tawakal. Setiap minggu aku akan habiskan at least 2-3 hari untuk update permohonan kerja. Rasa semangat tu ada, sambil doa banyak banyak, moga dibukakan hati untuk dia panggil untuk interview.
Namun beberapa hari yang sudah ni, aku rasakan sedikit emosi. Setiap malam aku sendiri kerap tidur lambat. Sama je kalau aku baring, at least 1 jam kemudian baru aku boleh lelap. Kepala aku sakit, semua benda masa nak tidur ni melilit otak aku. Memerah segala idea untuk aku berfikir itu ini itu ini. Sampaikan aku rasa aku ni loser ke? Teruk sangat ke hidup aku sampai aku diuji macam ni.
Hari hari aku menangis, apa sebenarnya arah tuju hidup aku ni? Sampai bila aku nak duduk dekat rumah tak dapat apa-apa. Aku sendiri tak boleh gerak. Lesen takde, kereta apetah lagi. Public transport? Hampeh, worst ever. Aku dah jadi hamba abdi bus sejak sekolah. Jadi aku tahu betapa tak punctualnya sistem bas terutama dekat Seremban ni. Kau jangan tanya parent aku, aku sendiri tak suka minta itu ini, inikan nak depends pd mereka untuk uruskan aku. Ye, aku dah besar.
Namun lama kelamaan, aku mula sedar. sebenarnya banyak kali sedar. Tapi tidur balik. ahahahah.. benda yang baik akan ambil masanya sendiri. Semuanya ontime, jadi sejauh mana kita usaha, Allah akan bagi setimpal apa yang kita buat. Itu yang aku percaya sejak aku sekolah lagi.
Setiap result aku, aku tengok result. Aku rasa redha, sebab itu usaha aku. Jadi aku tak perlu pertikaikan orang lain atas kegagalan diri aku sendiri.
Perit tapi aku masih okey. Walaupun hari hari aku sedih, tapi aku okey. Sebab permulaan hari akan datang yang baik memerlukan aku kuat pada hari ini. Jadi doakan aku setahun akan datang ialah lebih baik dari sekarang. Berbaki sebulan lebih untuk ke tahun depan. Masakan aku ingin sama seperti tahun lepas? Ohh lupa, last year aku sambut New Year dengan buku untuk final exam.
*memandangkan mood nak menulis. So tunggu kejap next post!