Selepas Habis Belajar (UiTM)

Disebabkan kesinambungan preparation masa nak masuk universiti maghen. Jadi aku titipkan satu lagi posting tentang apa pula yang kita perlu lakukan bila tamat pengajian. Jadi untuk menambahkan kesedihan. Result semester akhir aku masih tergantung sepi, tapi aku percaya aku lulus. Kihkihkih. Hidup mesti yakin sehingga habis ye anak anak sekalian. 

1. Siapkan resume
Mungkin ini antara perkara yang perlu disiapkan awal awal ye, terutama apabila kita masuk je semester akhir, maka siapkan resume ye. Sebenarnya Cik Suraiya pun siapkan resume awal awal, cuma sikap acuh tak acuh menyebabkan Suraiya tak bersungguh sungguh kot? 

2. Selesaikan hutang pengajian & PTPTN
Ini penting ye anak anak, jangan jadi macam Cik Suraiya. Selain itu, untuk peminjam ptptn seperti aku, siap sedia untuk kemaskini hutang pengajian,make sure guna sistem ujrah. Lepas tu diingatkan untuk mula membayar, persetankan gaji RM4000 baru nak bayar, sebab kau rase umur 30an baru start nak bayar memang hangguklah anak anak kau ketawakan kau. Sama sama berhutang nanti. Oh, jangan tunggu sangat tempoh 12 bulan selepas tamat belajar, terus mulakan pembayaran. Ingat, lagi awal bayar lagi cepat selesai, lagi banyak membayar pun lagi cepat selesai.

3. Job Hunting Website
Sekarang tak sama macam dulu dulu. Website untuk cari kerja banyak sangat. Terpulang pada kerajinan kau jelah jang oi. Lepas tu, jadi bijak ye. Bila nak mohon, pastikan syarikat tu  wujud atas alamat sekian sekian. Jangan mohon entah apa-apa je. Lepas tu , jangan percaya dengan sesuatu kerja tu terus menerus, selidik dulu. Dah besar dah, kau guna instinct google kau tu, kalau rasa kerja tu macam pelik je, jangan memandai. Kot ye pun, masa nak gi iv tu, bawa lah kawan kawan kawan kau. Lagi selamat bawa polis! haa kauu berlari semua orang.

4. Ahhh. Apa lagi eh?
Oh, sementara menunggu kerja tu, buatlah bisnes. Buatlah dropship ke, niaga makanan ke? Meniaga makanan ni, asal kau ada facebook, ada kereta ada duit niaga. InshaAllah boleh juallah semua benda tu. Yang penting kreatif dan inovatif.

Sekian itu sahaja. Nanti bila masa aku ada point tambahan. Aku tambah lagi. Siapa suruh lepas habis belajar kahwin siap eh! *calon aku takde, jadi jangan sibuk kahwin lagi


Sekian, jangan jadi Oyen. Asyik termenung je.

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student