Posts

Showing posts from 2020

10 Kali Interview???

Image
Separuh 2020 telahpun pergi, 3 bulan hanya duduk di rumah akibat Covid19. Namun sebagai seorang yang masih mencari sesuap nasi untuk diri sendiri, aku masih bekerja disebalik segala yang berlaku. Percayalah untuk setiap orang, berbeza cabaran dia. Jadi kali ini aku coretkan sedikit untuk aku ingat suatu hari nanti bahawa aku pernah tenggelam dan aku takkan pernah berputus asa untuk terus terapung mungkin bila aku membaca kisah ini suatu hari nanti aku sudahpun duduk di atas kapal layar kepunyaan ku, tidak mustahil kerana angan angan dan impian itu suatu perkara percuma yang menentukan kemana arah tujuan dan pemikiran kita. Panjang wehh  mukadimah aku. Jadi untuk menjaga ketatasusila sesebuah company, aku hanya akan bercerita tentang pengalaman tanpa perlu menyebut mana mana company terlibat. ewahhh, acah retis kau suu! 29 Januari 2020 Interview pertama untuk aku tahun 2020. Aku apply melalui Indeed.com, disini selepas aku memohon, dalam masa seminggu atau dua aku dijemput ...

PKP Ramadhan Raya Part 1

Image
Assalamualaikum semua, lama tak bersiaran eh? Sampaikan aku lupa yang aku ada online diary yang aku rasakan untuk tahun 2020 dah tak relaven. Tapi apakan daya, aku lagi suka menulis berbanding vlog sebab merasakan meremang hahha tak suka diri sendiri *tiberrr  Alhamdulillah, tatkala menulis coretan kali ini, kita sebenarnya sudah melepasi bulan Ramadhan, aku berjaya melengkapkan solat tarawih, jikalau dibandingkan tahun lepas, setiap hari bekerja sampai 10 malam nak pergi masjid pun aku susah sebab kerja. Tapi tahun ni aku boleh katakan semuanya ada hikmah. Bermula dari awal tahun lagi, aku sebenarnya mengekalkan sifat positif yg tinggi. Kalau bukan jalan ini, aku cuba jalan lain, kalau aku penat aku rehat, kalau aku stress aku menangis. Yes, aku manusia biasa jugak korang. Tipu aku tak sedih apa yang berlaku awal tahun, tapi motivasi aku. Aku harap apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya.  Disebabkan kerja hakiki aku makin berkurang masanya, so start awal t...

Random Thought

Jam menunjukkan pukul 12.18 minit pagi hari Selasa 18/2/2020. Fikiran aku kosong, tiada yang menarik ingin aku ceritakan. Jauh benar berfikir tentang apa apa sekalipun, entah. Aku memasuki bulan Februari dengan suram.  Sesungguhnya melepaskan seseorang pergi kerana kehendaknya ialah sakit. Tatkala sedang leka membina impian untuk bersama sama sampai ke hujungnya tidak menjadi, cuba untuk berfikir waras namun jalannya buntu. Entah apa lagi yang diri ini belum cukup rasanya sehinggakan menarik diri dari pertandingan hati ini. Mula lah berprasangka buruk dan menyalahkan diri. Adakah diri ini menjadi punca satu kisah buruk bakal berlaku? Susah untuk dijelaskan tatkala aku menulis cerita ini, aku buntu sebenarnya aku tak tahu sama ada aku perlu teruskan ataupun aku sendiri perlu berputus asa memperjuangkan sendiri sesuatu yang bertepuk sebelah tangan ini. Aku berpegang pada usaha untuk melakar sesuatu kebahagia, manakala seorang lagi hanya menyalahkan takdir kerana belum meneri...