Posts

Showing posts from 2022

13 August 2022

Image
 Post ini disiapkan sehari sebelum 13 Ogos.  Assalamualaikum wrt. wbt.,  Terasa lama tak bercerita perihal diri mungkin banyak masa yang dihabiskan untuk perkara lain. Makin dewasa keperluan masa banyak terarah kepada kehidupan realiti tanpa sibuk memikirkan dunia disini. Yang terbaik ialah teruskan apa sahaja yang kita buat okey... Majlis Nikah, Sanding & Bertandang telahpun berlalu hampir 2 bulan. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Faiz. Kejap nak ingatkan balik segala memori semasa hari hari Raja Sehari. Aku ambil cuti kahwin 3 hari, 2 hari sebelum aku pergi manjakan diri enjoy my last last moment sendiri pergi spa pergi saloon pergi settlekan urusan sikit2. Sehari sebelum, aku banyak habiskan masa dekat dewan nak tengok setup and jumpa tunang aku untuk bagi barang.  Pelamin sanding di Dewan ( barang hantaran pun dibawa ke dewan) Malam sebelum nikah, keluarga berkumpul dari Terengganu dan Johor (serata Malaysia). Seronok rasanya se...

Preparation Majlis

Assalamualaikum Koranggg, aku kan tak post pun pasal majlis tunang sebab aku takde idea plus everything rasa mcm kalut kalut kalut. Beza tunang dengan nikah dalam 3 bulan, dan aku pun busy dengan mcm2 benda (kengkonon lah).  by the way, dalam kepala ni tooo many things nak diceritakan. Rasanya akan tunggang terbalik post aku ni duk menyembang itu ini. First of all semua nak tahu how engagement day hari tu? Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, paling penting makanan mencukupi dan segalanya dipermudahkan. Perasaan bila jadi tunang orang? Rasa lega ada orang nak kat aku hahahaha, tak weh sebenarnya risau dengan orang duk kalut pasal dugaan bertunang tapi alhamdulillah so far lagi beberapa hari nak kahwin ni, dugaannya dari segi kewangan tapi ajaibnya akhir2 ni Allah datangkan berlipat kali ganda rezeki yang aku tak sangka sangka dan bersyukur sangat.  Rezeki dapat rumah sewa, rezeki dari umi abah banyak bantu kami, rezeki ibu ayah belikan brg elektrik utk kami. Emotional s...

Tunang (Preparation)

Hi Assalamualaikum, welcome back to up-to-date my journey. InshaAllah kali ni nak ceritakan persiapan bertunang. Aku akan ceritakan by list ye. Mudah sikit untuk difahami. If perlu aku akan listkan harga sekali.  1. Katering & Khemah At first our target is 50 pax untuk tunang. Lauk untuk bertunang ni aku sediakan masakan kampung which is orang Nogori yang masak. Then pasangan aku inform inshaAllah 10 kereta, hahahah. Lepas tu my part, belah umi abah kemungkinan adalah dalam 5 buah kereta (please expected more on that day hahaha) aku duk sembanglah dengan dia, kita nak tunang je ni, tunang lepas tu patuh SOP, tapi ramai betul menghantar rasa nak gelak pun ada. Jadi aku decide terus order untuk 100 pax. Untuk bahagian khemah, aku ambil 2 khemah. Aku bagitahu pasangan aku, "Awak, ini macam rehearsal nak nikah nanti taw. Faham jelah".  2. Cincin Risik & Tunang Untuk 2 cincin aku, kitorang beli awal awal lagi dah, pasai excited lepas tu sebab mmg kitorang start saving dari...

Kenal

 Macam mana kenal? Kawan kenal kan ke? Jumpa dekat mana2 ke? Ke kawan lama? Assalamualaikum semuaaa, walaupun tiada siapa yang menantikan kisah ini biarlah aku ceritakan tanpa diminta, hahahahaha. Memandangkan hari ini lagi seminggu nak bertunang, jadi sebelum huru hara sebab membayangkan all the preparation nanti jadi eloklah kita huru harakan minggu last ni. Disini, aku cuba untuk ceritakan serba sedikit tentang macam mana kenal and short sebab the most important is the part wedding preparation.  So we met each other virtually di Fb Dating last year bulan Februari. Masa ni saja sebab nak cari kawan nak berbual, jadi adalah seseorang ni "Assalamualaikum awak" penuh ye bagi salam sebab tu aku jawab "Waalaikumsalah jodoh saya" hahahaha k gurau. So within 24 hours, add ig masing2. Kemudian, proceed bagi nombor telefon.  Tahu jelah aku terpaling nervous nak bagitahu umi abah aku nak kahwin. Jadi situasi dia sangat awkward dan aku jadi kaku blur entahlah. Fasa tu paling...