Posts

Showing posts from August, 2016

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Kali ini aku nak share something yang benefit untuk orang, selalu lara je. So kebetulan aku tengah prepare for my second time masuk u ni, so idea menulis benda macam ni tengah fresh dalam otak. Jadi mostly apa yang aku list ni berdasarkan UiTM. Kebanyakan mungkin sama, ada yang berbeza sedikit.  Jadi first thing first.... 1. Semak keputusan masuk U Selepas korang semak tu. Kalau dah habis fikir terus accept kalau ragu-ragu, buat lek dulu. Tapi aku terus acceptlah. So korang ikut je arahan dia, sampai keluar surat tawaran. Tapi jangan print surat tawaran yang dalam website tu, kang segala benda tak penting termasuk sekali. Better untuk print dekat link sebelah kiri. Dekat situ, dia tulis cetak surat tawaran, bayaran yuran , borang medical check up, dan segala macam lagi. Nasihat aku better print banyak-banyak surat tawaran. Sebab ada guna di kemudian hari. Nanti aku story. 2. Buat medical check up Walaupun aku dah print minggu dapat result, tapi aku belum berkes...

Aku Harap Aku Tak Jatuh Cinta

Jangan salah faham dengan tajuk. Aku cuma acah-acah mawar berduri yang entah sampai bila boleh bertahan. Kalau fikirkan balik target kahwin umur 25, tapi kita tak tahu kan apa yang berlaku nanti.  Cuma aku tak nak jatuh cinta atau ada hubungan dengan sesiapa sepanjang 2 tahun akan datang. Aku cuma terlalu seronok dalam hidup aku sampaikan aku tak perdulikan sesiapapun yang contact aku. Ada orang penting sahaja yang aku utamakan.  Aku masih nakkan masa sendiri, kalau boleh aku nak bercinta selepas kahwin supaya aku tak perlu habiskan masa aku untuk whatsapp ataupun call lama-lama. Masuk 20an ni, aku tak minat dah buat benda membazir masa aku nih. Aku tak perlu bazirkan masa aku kenal dengan orang then orang tu lesap macam tu. Bukan seorang tapi 2 orang buat aku macam tu. Rasa macam kene tumbukan supaya aku tak jatuh cinta sesuka hati. Aku masih tunggu seseorang yang buat aku excited nak text, excited nak jumpa. Happy bila berbual. Plan something yang clear bukan acah-a...

Happy Birthday & Happy Degree

Kalau hari ini aku bangun aku inginkan hidupku seperti bayi, tidak memikirkan tentang apa yang bakal berlaku. Tapi aku manusia, terus dibelenggu dengan jadual hidup yang masih ada. 5 tahun yang lepas,  Aku berumur 16 tahun, remaja yang masih mempunyai semangat membara untuk perjuangkan perkara yang tidak tentu pasti lagi. Mungkin sedang bergembira dengan nikmat selepas peperiksaan besar tahun sebelumnya. Masa tu, aku masih belum faham apa sebenarnya masalah dunia. Jauh lagi permikirannya itu. 10 tahun yang lepas, Aku baru darjah 5, yang aku faham cuma kenapa aku perlu ke sekolah untuk belajar. Dibanding-bandingkan dengan budak pandai. Aku tidak hairan kenapa sedari kecil hidup aku dipertandingkan untuk menentukan kalah atau menang. Aku tertawa mengingatkannya kembali 15 tahun yang lepas, Berkelana dari Sabah, membuka seluruh mata aku bahawa aku tidak lagi tinggal di kawasan kem, dimana kawalan ketat dimana-mana. Memulakan hidup di Semenanjung umpama titik pertama...

Cerpen 1 : Ini Cerita Aku

‘Are you sure nak sambung degree ni?’ Banyak benda yang bermain difikiran aku sehinggakan aku tidak mahu sedikitpun libatkan diri dalam apa-apa jenis perhubungan. Jujur aku rasa teraniaya sebab aku suka seseorang , aku bagi harapan sampaikan aku letak nama dia dalam doa aku. Aku rasa dia ialah bakal imam aku, yang boleh pimpin aku untuk perbetulkan apa yang aku silap. Tapi semua tinggal tanda Tanya. Macam seseorang itu.  ‘Assalamualaikum, jemput datang majlis malam ni. Ada open house. Datang tau!’ Namun tiada balasan hanya salam dijawab beserta emoji yang aku sendiri tidak dapat baca. Beza user dan application biasalah.  Tetapi disebalik perkara yang mengecewakan ada seseorang menghiburkan diri ini. Jadi teman berbual bermacam perkara. Sungguh aku gembira dengan perubahan dia sekarang. Dari dia yang aku kenal sejak sekolah, teman cinta monyet aku. Tetapi sekarang lain, aku boleh berbual dengan rancak dengan dia dalam telefon tetapi aku kelu berbicara di ha...